Resepi kali ini merupakan sebuah resepi viral yang telah ,enjadi kegilaan ramai orang kebelakangan ini. Kopi Dalgona adalah sejenis cara yang berbeza membuat menggunakan kopi segera khususnya Nescafe, ianya dipukul bersama gula dan air panas sedikit sehingga ia gebu. Kemudian ia akan dituang didalam gelas yang telah berisi susu dan air batu.
Sememangnya unik dan oleh kerana ia telah trending, berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.
Resepi Kopi Dalgona Latte
Bahan-Bahan
- 1-2 sudu besar Nescafe
- 1 sudu besar gula putih/perang
- 1 sudu besar air panas
- Susu Segar
- Ais
Kaedah
- Masukkan Nescafe/Instant coffee dalam mangkuk.
- Masukkan pula gula.
- Masukkan sedikit sahaja air panas dalam bancuhan tersebut.
- Kacau guna garfu sampai kembang atau guna mixer supaya lebih cepat.
- Selepas itu masukkan ais dalam gelas dan letak susu segar.
- Kemudian letak bancuhan coffee yang telah dipukul tadi.
- Siap.
Sukatan ini sesuai untuk 2-3 gelas, anda boleh menganggar sendiri sukatan gula mengikut citarasa anda. Boleh juga kurangkan nescafe jika anda tidak suka terlalu pahit. Oleh diharap anda akan sudi mencuba resepi ini untuk dihidangkan kepada tetamu istimewa atau untuk diri anda sendiri. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply