Resepi Kopi Cappucino Stail Cafe Buat Sendiri Je

Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan antara kopi popular yang sering didapati dicafe atau restoran mewah. Jika ditanya pelayan apa yang anda hendak minum, anda jawab cappuccino. Anda pasti akan dijamu dengan kopi susu!  Ini kerana cappuccino adalah air kopi yang dihidangkan bersama susu yang distimkan kemudian akan di froth hingga buihnya menjadi tebal.

Apakata anda lihat dulu bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan cappuccino ini.

Bahan-bahan

  • 1 kapsul Arissto
  • 200 ml susu segar (dipanaskan sehingga berwap dan tutup api)

Kaedah

  • Mula-mula brewkan kopi dan tuang didalam cawan pilihan anda.
  • Kemudian froth susu sehingga buihnya menjadi tebal
  • Dengan sudu tahan agar buih susu tidak masuk dahulu didalam cawan.
  • Tuang susu dan Kemudian baru tambahkan buihnya yang tebal
  • Akhir sekali masukkan buih dan hiasi dengan sebuk koko.
  • Siap

Seperti latte, ia menggunakan bahan yang sama, hanya yang membezakan ia ialah susu dan buihnya. Jika latte anda dapat merasai kopi dan susu yang digabung sama. Namun bagi cappucino kopi dan susu akan terasa berbeza walaupun dalam cawan yang sama! Cappucino juga biasanya dihiasi dengan serbuk koko,manakala latte dihiasi dengan latte art. Jika anda yang tidak mempunyai mesin kopi anda boleh menggunakan kopi nescafe atau essenso. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *