Resepi Kopi Affogato Sedap Macam Di Cafe Mahal
Resepi kali ini merupakan satu lagi cara untuk menyediakan kopi Arabica dalam cara yang berbeza dan menarik. Affogato adalah sejenis pencuci mulut disediakan menggunakan 2 bahan utaman sahaja. Iaitu aiskrim dan espresso. Affogato didalam bahasa Itali bermakna ‘drown’ atau lemas. Boleh jadi kerana aiskrim akan lemas apabila dicurah air kopi. Apapun berikut adalah cara-cara dan bahan yang diperlukan untuk menyediakan Affogato ini.
Bahan-bahan
- 1 cawan kecil espresso (sejukkan)
- 2-3 skop aiskrim vanila berkualiti
Hiasan
- Choc rice atau choc chip
Kaedah
- Masukkan beberapa skop aiskrim dalam cawan pilihan anda.
- Kemudian tuang kopi espresso yang telah sejuk.
- Taburi choc rice jika suka
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.