Resepi Konjac Bihun Makan Ni Untuk Kurus

Resepi kali ini merupakan cara menyediakan konjac bihun yang menjadikan salah satu pilihan dalam penyediaan makanan yang rendah karbohidrat terutama bagi pengamal diet atkins, keto mahupun diet rendah carb. Konjac adalah sejenis bahan masakan yang sangat popular di Jepun dan ia mempunyai rasa yang kenyal tetapi rendah karbo dan selalu menjadi pilihan orang Jepun, mungkin itulah salah satu sebab kenapa orang Jepun jarang sekali yang obes. Baiklah bagi anda yang mencari idea penyediaan masakan rendah karbo, rendah kalori anda boleh mencuba resepi ini, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Konjac Bihun jenama Mimo

Bahan rencah

  • Bawang putih 1 ulas
  • Bawang merah 3 ulas
  • Cili kisar 2 tbsp
  • Kicap (anggar sendiri)
  • Garam secukup rasa
  • Daging lembut dihiris nipis
  • Sayur brokoli dihiris
  • Telur 1 biji

Kaedah

  • Kisar bawang putih dan bawang merah bersama cili kisar.
  • Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahankisar tadi hingga naik minyak.
  • Tambah daging dan masak hingga ia bertukar warna tapi jangan lama sangat.
  • Tambah garam dan serbuk perasa seukupnya sahaja
  • Selepas itu tambah sayur dan gaul rata dahulu.
  • Akhir sekali pecahkan telur dan kacau hingga rata barulah masukkan konjac bihun.
  • Konjac Mimo tidak perlu dicelur atau direbus dahulu memadai basuh sahaja.
  • Gaul rata dan masak hingga garing dan semua bahan sebati.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

Konjac boleh dibeli di supermarket seperti AEON tetapi paling mudah jika dibeli secara online. Ada beberapa jenama yang sedap dan lembut tetapi oleh kerana rasanya yang kenyal ada sesetengah orang tidak menggemarinya, ini adalah terpulang kepada selera anda bagaimanapun bagi anda yang mencari idea makanan rendah karbo anda harus cuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain