Resepi Kerabu Telur Burung Puyuh Ringkas, Sedap Sesuai Untuk Pen’diet’
Resepi kali ini merupakan resepi kerabu telur burung puyuh. Telur burung putih ini lebih kecil dan ia banyak dijual dipasaran. Biasanya ia direbus dan dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan sambal. Tetapi dalam perkongsian kali ini saya akan tunjukan bagaimana telur burung puyuh ini saya jadikan kerabu. Kerabu ni dia macam salad juga dimakan mentah tanpa perlu dimasak dan bahan-bahan kerabu biasalah mesti ada bawang merah, cili api dan asam jawa atau asam limau. Ada beberapa bahan beraroma yang ditambah mengikut selera pembuatnya contohnya bunga kantan ataupun serai. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 1 pek telur burung puyuh (rebus)
- Bawang besar
- Cili api
- Tomato
- Air asam jawa (bancuh pekat atau guna pes sahaja)
- Belacan mentah
- Garam dan bahan perasa.
Kaedah
- Hiris bawang besar, cili api dan tomato nipis-nipis, ketepikan.
- Bancuh asam jawa bersama belacan dan tambah garam dan serbuk perasa sedikit.
- Kemudian semua bahan iaitu telur burung puyuh,bahan hiris dan air asam jawa.
- Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
- Siap!
Masakan ini ringkas dan sangat mudah untuk disediakan, bahan bahan seperti cili, bawang malah asam boleh diubahsuai mengikut selera anda. Boleh dimakan begitu sahaja malah lebih sedap dimakan dengan nasi, kerabu ini tidak tahan lama dalam suhu bilik jadi anda perlu simpan dalam petiais. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.