Kumpulan Resepi Kerabu Perut (Senang dan Sedap)

Pernahkah anda makan kerabu perut? Makanan ini popular dalam kalangan rakyat Malaysia, ada rasa pedas, masam, dan lemak yang tercampur sempurna dengan tekstur perut lembu kenyal dan berlemak. Kerabu perut ialah hidangan yang wajib dicuba.

Kerabu perut bukan sahaja lazat, tapi juga kaya akan protein dan ferum. Kandungan protein tinggi membantu membangun dan membaiki sel-sel badan, manakala ferum boleh membekalkan dan menjaga kesihatan darah.

Kerabu perut biasa dimakan bersama nasi putih panas atau nasi impit. Hidangan ini juga sesuai dinikmati sebagai camilan atau sebagai pelengkap hidangan utama.
Tunggu apa lagi? Kami kongsikan 10 resepi kerabu perut ohsem daripada laman Facebook. Jom makan kerabu perut dan rasa kesedapan yang tidak tandingan.

Kerabu Perut Pucuk Paku

Imej via Facebook

Hidangan ini senang dijumpai di kedai-kedai melayu umumnya masa makan tengah hari. Makanan perpaduan garing pucuk paku dan lembut daripada perut, memang kombinasi yang ohsem! Dikongsikan oleh Ctie Zubaidah di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Perut direbus sampai empuk,
  • Pucuk paku celur,
  • Taugeh celur,
  • Bahan blender,
  • 7 biji cili api,
  • 2 biji cili besar,
  • 4 batang serai,
  • 1 inchi lengkuas,
  • 1 inchi halia,
  • 3 biji bawang besar,
  • Belacan,
  • Kerisik,
  • Sekotak santan 200ml,
  • Garam,
  • Perasa,
  • Bahan penyedap,
  • Beras goreng ditumbuk,
  • Air limau.
Cara-cara :
  1. Gaul kesemua bahan.
  2. Siap.

Kerabu Perut Kelantan

Imej via Facebook

Pernah cuba buat kerabu cara orang Kelantan? Resepi kerabu kali ini memang sedap sampai teringat-ingat. Makan ratah pun boleh licin sepinggan, memang lain dari biasa. Tengok gambar pun sudah boleh rasa lalu di tekak. Resepi dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Perut,
  • Asam keping,
  • Garam secukup rasa,
  • 15 batang kacang panjang disagat,
  • 2 biji manga lemak muda disagat,
  • Daun kesum,
  • 9 ekor ikan selayang/sardin sederhana besar yang sudah direbus,
  • ½ biji kelapa isi putih disangai dan dikisar separa halus.
  • Santan pekat.
Bahan kisar:
  • 6 biji bawang merah,
  • 1 ulas bawang putih,
  • ½ sudu kecil lada hitam,
  • 1 sudu kecil garam,
  • 1 sudip gula,
  • Secubir perisa Knorr.
Cara-cara :
  1. Rebus perut dengan asam keping dan garam secukup rasa. Bila sudah empuk, boleh hiris nipis-nipis.
  2. Seterusnya, satukan kacang, manga dan perut dalam bekas besar.
  3. Campur dengan sedikit daun kesum untuk naikkan aroma.
  4. Kemudian masukkan juga isi ikan.
  5. Lalu masukkan ½ biji kelapa isi putih yang telah disangai dan dikisar separa halus.
  6. Kisar semua bahan dengan sedikit air rebusan perut tadi.
  7. Masukkan garam bergantung kepada citarasa sendiri.
  8. Seterusnya tuang bahan kisar tadi ke dalam bekas.
  9. Masukkan santan pekat dari ½ biji kelapa.
  10. Boleh campur dengan sedikit air panas/panaskan seketika santan untuk tahan lama. Jangan sampai pecah minyak.
  11. Kemudian sejukkan sebelum dituang.
  12. Masukkan juga 2 sudip air rebusan perut untuk menaikkan rasa.
  13. Perah sedikit asam limau, gaul sekata.
  14. Rasa masam manis masin cukup, tabur hirisan 2 batang cili merah tanpa biji dan 1 labu bawang besar Holland.
  15. Sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Perut Utara

Imej via Facebook

Adakah ramai peminat kerabu perut macam ini? Seterusnya kami kongsikan resepi kerabu perut utara ala Muhammad Azhari yang berkongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • ½ kg perut lembu direbus,
  • 2 biji bawang besar dihiris nipis,
  • 2 tangkai cili besar merah dihiris,
  • Daun selom dihiris halus (satu ikat),
  • 2 biji tomato dibelah 6 atau 8,
  • 3 sudu besar kerisik,
  • ½ kg taugeh dicelur,
  • 1 cawan santan dimasak dulu dengan sedikit air supaya kerabu tidak cepat basi,
  • Garam, gula dan serbuk perasa.
Bahan kisar :
  • 4@5 batang serai,
  • 1 inchi halia,
  • Lengkuas lebih kurang besar ibu jari,
  • 6@7 tangkai cili padi,
  • 2 tangkai cili besar merah,
  • Belacan dan asam jawa lebih kurang sebesar ibu jari.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas termasuk bahan yang diblend dan digaul rata sehingga sebati.
  2. Siap.

Kerabu Perut Belacan

Imej via Facebook

Siap sudah kerabu perut dengan taugeh. Kerabu ini diratah pun sedap juga. Resepi sis Cahaya Indah senang amat untuk dicubakan.

Bahan-bahan :
  • Perut lembu direbus siap-siap.
  • Taugeh celur sekejap bagi dia rangup.
Bahan blend :
  • Bawang merah sebiji belah dua, separa untuk blend, lagi serpara untuk potong.
  • Cili padi merah 5 biji dan hijau 5 biji,
  • Serai sebatang,
  • Sedikit halia,
  • Lengkuas sedikit,
  • Belacan sedikit,
  • Garam dan gula.
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan di atas.
  2. Perah asam jawa dengan sedikit air masak, masukkan dalam blender juga.
  3. Masukkan pula kerisik 3 camca besar dan santan pekat sedikit.
  4. Setelah itu blend semua bahan.
  5. Potong bawang besar dan tomato sebiji.
  6. Campur semua bahan, masukkan bahan yang diblend tadi dan gaul.
  7. Perasakan dengan asam limau dan garam.

Kerabu Perut Utara Kaw

Imej via Facebook

Kerabu perut utara dikawinkan dengan pucuk paku dan tauge. Sedap meletup korang patut buat sekarang. Makan dengan nasi putih ikan bakar padu terangkat. Resepi dikongsikan oleh Susilabuati SuKed di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • 1 mangkuk perut lembu (perut tuala/perut bulat/perut kitab) rebus bagi empuk dan potong,
  • 1 ikat pucuk paku (celur dan tos),
  • 1 genggam tauge (celur dan tos),
  • 1 biji bawang besar dihiris,
  • ¾ cawan santan pekat,
  • 3 sudu besar kerisik (kerisik sedikit tidak sedap),
  • 2 sudu air limau nipis,
  • Garam, gula, dan aji.
Bahan blend (blender bagi halus) :
  • 3 batang serai,
  • 1 inchi halia,
  • ½ inchi lengkuas,
  • Cili api 6 biji (merah dan hijau),
  • Belacan sebesar ibu jari tangan.
Cara-cara :
  1. Mula-mula tuang bahan blend ke dalam mangkuk besar.
  2. Kemudian masukkan kerisik, bawang, air limau nipis, santan, garam, gula dan aji.
  3. Kemudian masukkan bawang, perut, pucuk paku dan tauge.
  4. Perasakan garam gula. Siap.

Kerabu Perut Terliur

Imej via Facebook

Kerabu perut yang hampir-hampir macam perut air asam. Rasa sedap asam pedas manis berjus. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar. Norhidayah Mohd Aripin berkongsi resepi di laman Facebook.

Bahan kisar :
  • Halia besar ibu jari,
  • Lengkuas separuh ibu jari,
  • 6 batang serai,
  • 5 biji bawang merah,
  • 2 biji cili besar merah,
  • Cili api hijau dan merah (kepedasan masing masing),
  • Belacan (citarasa masing masing),
  • 10 sudu besar air limau nipis,
  • 1 sudu kecil asam jawa,
  • 1 cawan air rebusan perut,
  • Garam,
  • Sedikit gula melaka,
  • 4 sudu besar kerisik (boleh kurangkan jika tidak suka).
Bahan hiris :
  • Kacang panjang,
  • Daun kesom,
  • Bawang Holland,
  • Tomato.
Bahan lain :
  • Taugeh (celur),
  • 2 – 3 cawan santan (panaskan supaya tidak cepat basi, api paling perlahan supaya tidak berkeladak).
Cara-cara :
  1. Rebus 1½ kilo perut hingga lembut, toskan.
  2. Campur semua bahan dan gaul sebati.
  3. Perasakan jika suka.
  4. Sedia dihidang.

Kerabu Kacang Kelantan

Imej via Facebook

Kerabu perut kelantan peneman tiap kali berbuka puasa. Sis Lynn Azlin selalu buat untuk menu makan keluarga. Beli di kedai kadang tidak sesuai selera. Tapi kalau buat sendiri tentunya akan puas dan boleh adjust rasa sendiri. resepi dikongsikan di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Perut lembu muda,
  • Kacang Panjang,
  • Kacang botor,
  • Tauge (optinal),
  • Kelapa parut sebiji,
  • Lada hitam,
  • Ikan rebus (terpulang banyak mana),
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Serai,
  • Garam.,
  • Gula,
  • Cuka makan.

Cara-cara :

  1. Rebus perut sampai lembut, hiris nipis dan ketepikan.
  2. Hiris kacang panjang dan kacang botol, ketepikan.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam.
  4. Masukkan dalam campuran perut dan sayur.
  5. Tumbuk serai, masuk sekali dalam campuran tadi.
  6. Tumbuk ikan rebus dan campurkan sekali.
  7. Sangai kelapa sampai garing. Separuh dijadikan kerisik ada separuh lagi blend kasar, campur sekali.
  8. Kemudian perahkan santan dengan air masak dan campurkan sekali.
  9. Gaul mesra semua masukkan garam dan gula serta cuka. Siap.

Air Asam Kerabu Perut

Imej via Facebook

Kerabu perut air asam, rasa masam, pedas, manis sekata, rahsia makan sedap dengan nasi putih panas-panas memang menyelerakan. Sis Siti Fatimah berkongsi resepi di laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Perut,
  • Cili api,
  • Belacan,
  • Air asam jawa,
  • Bawang merah,
  • Tomato,
  • Limau nipis,
  • Garam dan perasa.
Cara-cara :
  1. Rebus perut sampai empuk. Tinggalkan sedikit air rebusan.
  2. Cili api dan belacan digoreng sekejap.
  3. Kemudian blend dengan air asam jawa (jangan hancur sangat).
  4. Hiris bawang merah dan tomato.
  5. Tambah garam dan perasa.
  6. Satukan semula semua dalam periuk rebus perut tadi. Gelegakkan sekejap dan perah limau nipis.

Kerabu Perut Ala Thai

Imej via Facebook

Kerabu perut ala Thai daripada Amanina Suhaili yang berkongsi di laman Facebook. Kalau ingin lagi sedap boleh tambahkan kacang tumbuk. Kalau tidak ada sos ikan, boleh masukkan sos tiram dan tambahkan garam. Kalau guna sos ikan, tidak perlu garam sebab sos ikan sudah masin. Boleh gantikan lemon dengan limau nipis. Boleh juga tambah air asam jawa.

Bahan bahan:
  • 1 kg perut lembu muda direbus sampai empuk bersama asam keping (untuk hilangkan hanyir),
  • 3 batang serai dihiris halus,
  • 2 batang bunga kantan hiris halus,
  • 2 biji bawang besar dihiris halus,
  • 3 biji tomato dipotong dadu,
  • 10 batang kacang panjang dihiris halus,
  • 7 biji cili padi dihiris halus,
  • 2 biji lemon diperah,
  • 2 sudu besar sos ikan ,
  • 3 sudu besar kerisik,
  • Gula.
Cara-cara :
  1. Hiriskan perut lembu yang sudah direbus empuk.
  2. Masukkan perut lembu, serai, bawang besar, tomato, kacang panjang, cili padi , dan bunga kantan ke dalam mangkuk besar.
  3. Tuangkan air perahan lemon dan sos ikan. Gaulkan semua bahan.
  4. Masukkan gula dan kerisik. Gaulkan lagi sampai sebati sampai seimbang rasa manis, masam, dan masin dan pedas.
  5. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.

Kerabu Perut Mudah

Imej via Facebook

Ternyata memang sedap kerabu perut resepi daripada Nuraini Abdullah di laman Facebook. Kerabu perut sedap diratah begitu sahaja.

Bahan-bahan :
  • Perut,
  • Air asam jawa,
  • Bawang besar,
  • Tomato,
  • Sedikit belacan,
  • Sedikit kerisik,
  • Gula dan garam.
Cara-cara :
  1. Perut hendaklah direbus terlebih dahulu.
  2. Gaul/ramas air perahan asam jawa bersama bawang besar dipotong bulat, tomato buah dirincik halus, sedikit kerisik, sedikit belacan, sedikit gula dan garam.
  3. Kemudian masukkan perut dan gaul sebati.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Kerabu Perut, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain