Resepi Kepak Ayam Buffalo Versi Keto Pedas Masam-masam Berlemak
Resepi berikut adalah resepi yang amat popular di Amerika Syarikat, Ianya biasa dihidangkan semasa menonton rancangan kegemaran bersama keluarga. Lazimnya resepi asal kepak ayam ini menggunakan salutan tepung namun bagi versi keto ini, kepak ayam ini dibakar atau digril tanpa sebatang salutan tepung sebaliknya ianya digaul dengan sos pedas sebelum dihidang bersama batang saderi dan juga sos ranch dressing.
Bagi anda yang mencari idea bagi hidangan rendah karbo anda teapi ingin sesuatu yang sedap dan mengenyangkan, cubalah resepi berikut.
Bahan-bahan
- Beberapa keping kepak ayam (sukatan ikut sendiri) potong dua.
Bahan perapan
- 1tbsp minyak zaitun
- ½ tsp serbuk garlic
- ½ tsp garam
- Tambahan 1tbsp minyak kelapa sawit ( jika perlu)
Kaedah
- Perap kepak ayam denganbahan perapan selama 30 minit.
Bahan Sos Buffalo
- ½ cawan hot pepper/ sos korea
- ¼ cawan minyak sawit merah
- 1tbsp cuka putih
- ½ tsp serbuk lada hitam
- ½ tsp serbuk paprika
- *Campur semua bahan
Kaedah
- Masak kepak ayam menggunakan air fryer selama 15 minit pada suhu 200.
- Keluarkan dan sapu dengan sos buffalo.
- Kemudian masak semula dengan air fryer.
- Apabila kepak ayam mulai garing keluarkan dan hidang bersama sos ranch dan juga hirisan celery.
- Siap!
Masakan ini mempunyai rasa yang masam dan sedikit pedas, bagi anda yang kurang gemar pedas bolehlah anda mengurangkan sukatan cili. Jangan tambah gula kerana ia adalah bahan yang kurang digunakan didalam amalan diet keto. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.