Resepi Kek Pic (Cara Mudah Yang Pasti Jadi)

Manisan hari ini ialah sejenis manisan kegemaran ramai.Sangat sesuai untuk hidangan di harijadi atau jamuan keraian. Gabungan vanila dan buah-buahan. Itulah dia kek pic. Namanya sangat mudah, semudah pembuatannya.

Kek ini sesuai bagi orang yang baru belajar buat kek.Atau yang sesuatu sebagai anjakan dalam bidang pastri ini. Jika anda mengikut resepi ini dengan betul anda pasti berjaya menghasil kek pic. Yang bakal menjadi sebutan tetamu anda.

Jadi mari lihat dahulu resepi dan bahan-bahannya.

Resepi Kek Pic

Bahan-bahan

  • 250g sponge mix
  • 4 biji telur gred A
  • 60ml air
  • 60ml minyak masak

Kaedah.

  • Panaskan oven selama 10min. Gris dan lapikkan loyang saiz 9” atau 8”.
  • Mula dengan mixer yang perlahan, pukul sponge mix dengan telur. Tambahkan kelajuannya dan pukul hingga adunan bertukar menjadi pucat dan mempunyai tekstur yang kental. Jika disentuh dengan jari ia menghasilkan konsistensi “stiff peak’.
  • Perlahankan mixer, tambahkan air. Kemudian tambahkan semula kelajuan mixer, terus pukul adunan sehingga ia menjadi gebu dan tutup mixer.
  • Akhir sekali tambahkan minyak masak dengan cara kaup balik. Pastikan minyak benar-benar sebati.
  • Tuang didalam loyang saiz 9” atau 8”. Bakar pada suhu 160c selama 40min.
  • Bila telah masak terus terbalikkan ia atas redai, biarkan sekurag-kurangnya 10 minit. Ini adalah supaya bentuk kek kekal cantik.
  • Keluarkan dari loyang dan biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum dihias.

Bahan-bahan isian

  • 1 tin buah pic
  • 500ml fresh cream.

Bahan hiasan

  • Kacang badam yang telah dibakar.
  • Buah pic yang dipotong nipis

Kaedah

  • Keluarkan isi buah pic,tapiskan airnya.
  • Potong kuib buah pic tadi.
  • Pukul fresh cream sehingga kaku dan gebu.
  • Potong kek kepada 3 lapis.
  • Pada lapisan pertama basahkan dengan air buah pic yang ditapis tadi.
  • Kemudian sapukan fresh cream, letakkan buah pic yang dipotong dadu tadi.
  • Ulang untuk lapisan kedua.
  • Akhir sekali, lepa lapisan paling atas dan seluruh kek dengan kemas.
  • Hiasi bahagian atas dengan buah pic yang dipotong nipis dan lekatkan kacang badam yang telah dibakar tadi.
Sponge mix via Google

Bagi sesetengah orang mungkin merasakan kek span ialah kek yang sukar dibuat. Sebenarnya jika anda menggunakan tepung pre-mix ia lebih mudah. Ia adalah hampir sifar gagal. Jadi anda haruslah terus mencuba.

Jangan lupa mencuba resepi kali ini ya. Mungkin anda boleh mencubanya untuk meraikan yang tersayang. Selain dari resepi ini,kami juga mempunyai resepi yang lain juga,jangan lupa menjengah ya.

Resepi Durian Creme

Resepi Waffle Rangup

Resepi Kek Batik Oreo

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *