Resipi kali ini merupakan resipi atau cara untuk menyediakan mini yang kini kian popular. Saiz mini bermakna saiz kek yang mempunyai saiz sebesar lima inci sahaja. Kebiasaannya kek mini ini menjadi pilihan bagi mereka yang meraikan majlis bersama yang tercinta atau anak-anak yang kecil. Walaupun saiznya yang kecil namun ia mempunyai rasa yang sama seperti kek saiz biasa dan ianya juga tidaklah sukar untuk disediaka. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri membuat kek mini ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
Kek
- 125g tepung span mix perisa choc
- 2 biji telur
- 30g air
- 30g minyak masak
Kaedah
- Pukul span mix dan telur hingga putih
- Tambah air dan pukul lagi
- Akhir sekali masukkan minyak masak dan kaup hingga sebati.
- Masukkan 2 biji loyang saiz 4”
- Bakar 160c selama 30 min.
- Sejukkan bila dah masak.
Bahan lain
- Inti blueberry
- Fresh cream ( pukul gebu)
Penyediaan
- Potong kek menjadi 3 lapis
- Basahkan lapisan pertama dengan susu cair atau air gula
- Tambah krim kemudian tambah inti blueberry
- Ulang utk setiap lapisan dan akhir sekali crumb coat kek dengan baki fresh cream
- Simpan kek dalam petiais supaya ia mudah untuk dilepa kemas nanti.
- Guna krim yang baru dan lepa dengan kemas.
- Tambah inti blueberi dibahagian atas dan hias dengan buah atau coklat jika suka.
- Siap.
Selain dijadikan hidangan untuk keluarga anda juga boleh dijadikan sebagai jualan. Ini kerana kek ini kian mendapat permintaan sejak akhir-akhir ini. Bahan yang digunakan juga amat mudah untuk ditemui dan dengan sedikit latihan anda mampu menghasilkan kek yang menarik dan berbaloi untuk dibeli apa pun jangan lupa untuk mencuba resipi ini.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.