Resepi Kek Coklat Ketagih Viral Semula Buat Lepas Craving
Resepi yang telah menjadi viral baru-baru ini sebenarnya adalah resepi lama yang dikitar semula dengan sedikit penambahbaikan dan ia menjadi boom! Kini dengan coklat ganache dibiarkan set dibahagian atas kek dan kemudian dipotong bentuk kiub menjadai identiti baru kek coklat ini. Dari segi rasa ia tidak banyak berbeza cuma ia lebih mengasyikkan sebab coklat ganache digunakan agak banyak dan tebal. Kek coklat adalah antara kek yang paling digemari dan sentiasa mendapat permintaan. Jadi tak hairanlah resepinya ada banyak sekali dalam internet,okey jom kita tengok resepi kek ketagih pula.
Bahan-bahan A
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- ½ cawan susu pekat
- 1tbsp emulco coklat
Bahan-bahan B
- 2 biji telur gred A
- 1 tsp esen vanila
Bahan-bahan C
- 1 cawan tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp soda bikarbonat
Kaedah
- Mula-mula masak bahan-bahan A hingga gula larut dan biarkan ia sebentar.
- Kemudian masukkan telur bersama esen vanilla.
- Kacau bahan ini hingga telur tidak lagi kelihatan.
- Kemudian masukkan bahan-bahan C dan kaup hingga sebati
- Tuang dalam loyang saiz 7” yang dah siap diletakkan kertas hingga berlebihan ditepi loyang (tujuannya agar mudah keluarkan kek)
- Bakar suhu 160c selama 40 minit atau hingga masak
- Bila kek dah masak keluarkan sebentar agar ia tidak berpeluh (keluarkan bersama kertas dan biarkan hingga sejuk)
Bahan-bahan coklat ganache
- 300g dark choc coin
- 150g whip cream
- 50g butter
Kaedah
- Cairkan coklat dan whip cream dengan cara double boil atau guna microwave.
- Tambah butter dan gaul hingga ia sebati, ketepikan sebentar.
Penyediaan kek coklat ketagih.
- Dalam loyang berisi kek tadi (pastikan kek dan kertas masih ada)
- Tuang coklat ganache dan biarkan seketika hingga coklat keras (saya sejukkan dalam petiais)
- Bila coklat mulai keras, keluarkan kek dan potong untuk dihidangkan.
- Siap!
Nama kek ketagih ini sebenarnya kerana ia terlalu sedap dan mampu n menjadi ketagihan terutama pada peminat kek coklat. Utk menyediakan kek ini ada perlu dua kertas minyak dibahagian bawahnya kerana selepas coklat dituang ia lebih mudah untuk dikeluarkan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.