Resepi Kek Blackforest Jerman Lejen Lazat Tak Terperi

Resepi kali ini merupakan resepi kek kontinetal yang amat biasa digunakan didalam meraikan majlis-majlis seperti harijadi. Kek blackforest Germany ini sedikit berbeza berbanding blackforest biasa kerana ia menggunakan krim coklat sebagai inti dan juga sapuannya.

Selain dari itu resepi yang digunakan tidak banyak berbeza, contohnya intinya masih mengguna black cherry. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri kek ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

Krim coklat

  • 250g coklat dark (double boil)
  • Susu cair 150ml
  • Fresh cream 400ml (pukul kaku)
  • Double boil coklat.
  • Apabila coklat cair, tambah susu cair sedikit demi sedikit.
  • Sambil tambah susu, kacau agar coklat dan susu sebati.
  • Berhenti tambah susu apabila coklat berkilat dan mempunyai kelikatan yang mengalir.
  • Ketepikan sebentar.
  • Kemudian tambah coklat kepada fresh cream yang telah dipukul kaku tadi.
  • Tambah sedikit demi sedikit sambil kaup balik agar semua bahan sebati.
  • Ketepikan.
  • 100g – 200g dark pitted cherries/ inti strawberi
  • Belah kek span coklat kepada 3 lapisan.
  • Basahkan lapisan pertama dengan susu cair.
  • Tambah krim kemudian tambahkan inti ceri/strawberry.
  • Ulang hingga 2 lapisan.
  • Tutup lapisan kedua dengan lapisan kek tang ketiga.
  • Akhir sekali crumb coat kek dengan baki krim coklat tadi.
  • Hiasi kek dengan krim coklat, jika kurang boleh tambahkan lagi krim coklat.
  • Hiasi atas kek dengan ceri merah atau buah strawberi.

Kebiasaan kek ini dihiasi dengan buah ceri hitam namun begitu oleh kerana ia agak sukar untuk didapati anda juga boleh menggunakan buah strawberi segar atau ceri merah sebagai hiasannya. Kek ini  amat sedap kerana penggunaan krim coklatnya amat sedap sekali dan anda haruslah mencubanya sendiri! Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *