Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kari Ayam Tofu Pok Menyelerakan Dan Kenyang

author name

Resipi kali ini merupakan resipi masakan berkuah, yang sangat sesuai bagi mereka yang tidak pernah mencubanya dan ingin sesuatu yang ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan. Kari ayam tahu ini menggunakan bahan yang ringkas sahaja iaitu bawang merah,bawang putih, serbuk kari ayam, kentang dan juga tauhu pok. Cara penyediaannya tidak banyak berbeza berbanding masakan kari lain namun begitu penggunaan tauhu pok memberi rasa yang mengenyangkan terutamanya bagi mereka yang tidak makan nasi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini.

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam yang dipotong kecil
  • 3 biji Kentang
  • ½ bungkus peket tauhu pok 
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 
  • Segenggam daun kari
  • 1 peket kecil serbuk kari daging
  • 1 keping asam keping (saiz kecil)
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam dan serbuk perasa
  • Bersihkan ayam, kopek kentang dan belah 4 manakala potong 2 tauhu pok, ketepikan.
  • Tumbuk/kisar  bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Tambah sedikit air ke serbuk kari dan kacau jadikan pes.
  • Tumis semua bahan kisar biar naik bau
  • Tambah pes serbuk kari tadi dan masak hingga naik minyak.
  • Masukkan ayam dan kentang dan gaul bersama.
  • Tambah sedikit dan asam keping.
  • Tambah air dan biarkan kenyang empuk.
  • Akhir sekali masukkan santan dan tambah garam dan serbuk perasa.
  • Masakan hingga kuah megelegak dan tutup api
  • Sedia untuk dihidangkan

Masakan seperti ini boleh dinikmati terus diratah ataupun makan bersama nasi ataupun cicah dengan roti. Ada setengah orang menambah gula dalam masakan ini namun terpulanglah kepada cita rasa anda, jangan lupa mencuba resipi ini!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *