Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan Tak Sangka Lebih Sedap Rupanya.

author name

📄 ,

Resepi kali ini adalah salah satu resepi mudah untuk menyediakan ayam masak kari. Resepi ini amat sesuai jika anda ingin hidangkan ia sebagai hidangan diwaktu makan tengahari bersama nasi panas dan juga sambal belacan. Menariknya resepi tidak menggunakan sebarang santan sebaliknya kita hanya menggunakan air sahaja dan masak hingga kentang empuk dan kuah menjadi pekat. Baiklah Jom lihat apakah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam (dipotong sederhana kecil)

Bahan kisar

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Halia ½ inci

Bahan lain

  • 1 pek kecil rempah daging 
  • 1 pek kecil rempah ikan
  • 1 pek kecil serbuk cili 
  • *campur untuk jadikan pes menggunakan sedikit air.
  • Daun kari 1 pelepah
  • Kentang
  • Asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Bahan kisar perlu ditapis agar mudah tumis dan lebih cepat naik bau.
  • Tumis bahan kisar tadi bersama daun kari dan bila dah naik bau masukkan pes kari tadi.
  • Masak hingga pes kari naik minyak.
  • Tambahkan ayam dan kentang bersama air.
  • Air perlu cukup ayam hingga sekurang-kurangnya ayam tenggelam.
  • Tambah asam keping (tak perlu banyak sangat separuh keping dah cukup)
  • Masak hingga kentang empuk dan kuah pekat.
  • Last sekali tambah garam dan cukup rasa maggi.
  • Siap!

Kari ini perlu dimasak lama hingga ia pekat dan kentang empuk. Jadi ayamnya tidak perlu masuk terlalu awal kerana takut ia akan hancur. Atau anda boleh menggunakan ayam kampung yang dagingnya lebih keras. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.