Resepi Kangkung Goreng Belacan (Paling Ringkas Dan Cepat)

Resepi Madam bawakan kali ini,sangat ringkas. Jika menu berat memerlukan penyediaan yang lebih rumit dan mempunyai lebih dari 5 bahan. Resepi kali ini mempunyai satu,dua mungkin tiga sahaja bahan yang mudah didapati.

Sayur kangkung adalah sayur yang paling didapati dinegara kita ini. Jika di kampung-kampung ia banyak terdapat di tepi-tepi anak sungai. Namun jika dibandar iaboleh didapati di pasaraya-pasaraya besar. Harganya sangat murah. Yang paling sayur kangkung mengandungi banyak zat dan mineral.

Kangkung sememangnya vitamin A dan C, yang menguatkan imun dalam badan. Oleh itu jika anda mengalami demam selsema cubalah makan lebih sayur-sayuran hijau seperti kangkung untuk meningkatkan imun dalam badan. Ia juga sangat murah dan mudah didapati.

Kali ini, resepi Madam bawakan sangat mudah untuk dimasak.Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Kangkung Goreng Belacan (Paling Ringkas Dan Cepat)

Bahan-bahan utama

  • Seikat sayur kangkung dibersihkan dan disiang.
  • Bahan-bahan lain
  • Cili api 5 batang, pilih yang berwarna merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ inci belacan
  • Ikan bilis secubit
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Bersihkan sayur kangkung dan belah batangnya.
  • Tumbukkan bawang putih.
  • Hiriskan cili api
  • Pecahkan belacan menjadi serbuk
  • Mula-mula panaskan minyak  masak lebih kurang 1 sudu makan.
  • Tumiskan bawang putih, cili api, ikan bilis.
  • Tambahkan belacan,garam dan serbuk perasa.
  • Tambah juga sedikit air dan kacau sehingga garam benar-benar larut.
  • Masukkan sayur kangkung dan tutup kuali agar sayur empuk.
  • Tutup api sejurus sayur masak.
  • Boleh dihidang segera.

Mudah bukan? Sebenarnya memasak ini memerlukan latihan yang berulang. Untuk cekap dan memahami bagaimana boleh mempelbagaikan masakan kita perlulah kerap memasak.

Bagaimanapun,ingatlah untuk membersihkan sayur kangkung dari pasir dan tanah. Batangnya juga perlu dibelah agar parasit atau kotoran yang ada didalamnya dapat dibersihkan.

Resepi Lain Yang Menarik

Inilah antara resepi paling ringkas dan sangat sedap. Anda perlu mencubanya. Selain dari itu,laman web ini juga mempunyai banyak resepi lain yang menarik serta telah dicuba. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *