Resepi Kailan Ikan Masin (Macam Digerai)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu sampingan. Ia biasanya dihidangkan bersama menu utama. Sayur kailan adalah sejenis sayur yang mirip brokoli, malah ia datang dari keluarga yang sama. Kailan mempunyai daun yang lebar, berwarna hijau pekat. Rasa daunnya sedikit pahit, namun batangnya sayur kailan lebih sedap. 

Kaila ini sangat kaya dengan vitamin A,C,antioksidan dan ia juga tinggi serat. Mengamalkan makan sayur kailan boleh membantu anda mencegah penyakit kritikal seperti sakit jantung, buah pinggang, diabetis atau darah tinggi.

Kailan ini adalah sayur yang menjadi pilihan dalam masakan cina, malah gerai-gerai tomyam juga selalu menghidangkan menu kailan ikan masin. Sehubungan dengan itu, kali ini Madam akan kongsikan resepi tersebut.

Resepi Kailan Ikan Masin (Macam Digerai)
Bahan-bahan

  • 5 pokok kailan ( dipotong berasingan bekas daun dan batangnya. Batang dipotong serong)
  • 2 keping isi ikan tenggiri masin atau jeruk
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk dan dicincang)
  • 1 labu bawang besar dihiris.
  • 3 biji cili padi di tumbuk kasar @ 3 biji cili hidup ditumbuk kasar
  • sedikit minyak masak
  • sedikit air (jika perlukan sedikit kuah)
  • sedikit serbuk ‘Cukup Rasa’ jika suka

Kaedah

  • Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.Masukkan isi ikan tenggiri/gelama jeruk dan goreng hingga masak isinya. Tekan2kan hingga hancur isi ikan tersebut dengan senduk dan buang tulangnya.
  • Masukkan cili,garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau rata dan jangan sampai cili hangit.
  • Segera masukkan batang kailan. Kacau sebentar hingga 1/2 masak baru masukkan daun kailan.
  •  Kacau sebentar hingga masak sepenuhnya dan hidangkan.

Sayur kailan mempunyai rasa yang agak kuat, jadi ia tidak sesuai bagi orang yang tidak biasa memakan sayur atau bukan pengemar sayur. Namun bagi anda yang ingin kelainan dalam percubaan menambah serat dalam menu harian, bolehlah mencuba resepi ini. Rasa ikan masin boleh menjadi satu tarikan untuk anda.

Oleh itu, cubalah resepi ini sebagai santapan makan tengahari anda bersama keluarha atau tetamu yang dinanti. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!



Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *