Resepi Jus Avocado Kalau Nak Kurus Dan Sihat
Resepi seterusnya ini merupakan resepi yang diamalkan oleh orang yang sedang berdiet. Avocado adalah antara buah yang sangat baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan pelbagai khasiat. Diantaranya ialah ia terkenal dengan kandungan lemak yang sihat dan baik untuk jantung. Juga tinggi pottasium,fiber tetapi rendah karbohidrat.
Agak menarik juga rasanya yang berlemak dan pekat apabila dikisar, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-Bahan
- 1 biji buah avocado yang dah masak atau ranum
- 1 cawan susu Dutch Lady
- Sirap coklat cair Hershey’s
- Beberapa kiub ais
- Gula secukup rasa
Kaedah
- Potong buah avocado kepada 2 dan buang bijinya, korek isi avocado dengan sudu dan masukkan dalam pengisar .
- Masukkan susu, gula, ais kiub dan sedikit air
- Kisar sehingga halus
- Tuang ke dalam gelas dan masukkan coklat mengikut citarasa.
- Siap
Bagi anda yang gemar mencuba resepi diet anda boleh mencuba sendiri avocado. Walaupun harganya agak mahal, namun belilah bila sekali sekala ada promosi. Pilih avocado yang berwarna hitam kerana itu tandanya ia sudah masak dan sesuai dibuat air. Sebaliknya jika ia masih hijau, letakkan di suhu bilik sehingga ia bertukar warna hitam.
Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.