Resepi Ikan Kembung Goreng Kicap (Ringkas Dan Pedas)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu utama yang ringkas. Masak kicap adalah antara masakan yang paling popular dan paling kerap dihidangkan. Masakan kicap boleh didapati dimana-mana sahaja dinegara kita ini. Ini kerana ia sangat mudah untuk dilakukan. Namun masak kicap juga mempunyai pelbagai cara untuk dimasak. Ada yang ditambah air asam, ada yang ditambah pelbagai sos dan ada juga yang sangat ringkas seperti resepi yang akan dikongsikan kali ini.
Masakan kicap yang Madam bawakan kali ini menggunakan ikan kembung. Ikan kembung seperti yang kita ketahui mempunyai banyak khasiat yang tersendiri . Ia juga boleh dimasak dengan pelbagai cara namun kali ini Madam akan kongsikan cara paling mudah untuk membuat resepi ini.
Resepi Ikan Kembung Goreng Kicap (Ringkas Dan Pedas)
Bahan utama
- 4 ekor ikan kembong saiz besar
Bahan-bahan
- 1/2 inci halia, diketuk
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 1 biji bawang besar, dihiris bulat dan leraikan
- 1 biji cili merah, dihiris serong
- 1 biji cili hijau, dihiris serong
- 1/4 camca teh cuka makan
- 5 camca besar kicap lemak manis
- 1 camca teh kicap pekat
- 1 camca besar sos tiram
- 1/3 camca serbuk lada sulah
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1/3 cawan air
- Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Kaedah
- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan kelar sedikit.
- Lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (anggaran 1 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam) hingga rata.
- Kemudian goreng hingga masak, ketepikan.
- Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau rata. Tuang air, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan. Kacau dan biar mendidih.
- Masukkan bawang besar dan ikan. Kacau perlahan dan tambah hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah.
- Siap untuk dihidangkan.
Meskipun masakan ini boleh ditemui dimana-mana sahaja diinternet namun tidak salah jika anda menambah resepi ini didalam koleksi masakan kicap anda. Selain dari menggunakan ikan, anda juga boleh mengguna ayam atau daging. Untuk pemilihan kicap, anda boleh menggunakan apa-apa jenama sahaja, mengikut citarasa anda.
Oleh itu jika anda kebuntuan idea untuk memasak, cubalah resepi yang ringkas ini. Selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.