Resepi Ikan Bilis Kentang Goreng Kicap Sempoi Tapi Sedap

Resepi kali ini merupakan masakan yang berasaskan ikan bilis tapi dimasak bersama kicap. Walaupun ianya agak jarang ditemui namun sebenarnya gabungan kicap bersama ikan bilis goreng ini amat sedap. Manakala cara penyediaannya juga amat mudah dan sesuailah bagi anda yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan masakan yang enak. Bahan-bahan yang digunakan amat mudah untuk didapati dan dibeli contohnya ikan bilis, kentang,bawang besar,cili api dan sudah tentu kicap, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • Segenggam ikan bilis 
  • 2 biji kentang (potong memanjang)
  • 1/2 ulas bawang besar 
  • 10 ulas cili api (belah 2)
  • Kicap ( ikut tahap hitam yang disukai)
  • Mula-mula goreng ikan bilis hingga garing dan tos minyaknya, ketepikan.
  • Goreng kentang yang telah dipotong-potong memanjang, ketepikan.
  • Dalam kuali tumis bawang besar hingga layu.
  • Masukkan cili api yang telah dihiris dan kacau.
  • Masukkan sedikit kicap dan kacau lagi agar kicap tidak terkaramel.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan kentang.
  • Tutup api, sedia untuk disediakan.

Dalam penyediaan masakan ini gaul kicap bersama ikan bilis hanya apabila ia telah sejuk, ini adalah salah satu petua untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis. Masakan ini paling sedap dimakan ketika panas bersama sepinggan nasi dan telur goreng mata,  anda pasti suka akan rasanya, selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *