Resepi Ice Lemon Tea Sedap Menyegarkan Tekak
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang sangat popular terutama dikalangan peminat minuman teh. Ice lemon tea atau nama melayunya teh ais lemon adalah sejenis minuman sejuk yang disediakan dari air teh dan ditambah dengan gula dan lemon.
Oleh kerana buah lemon mempunyai aroma yang manis tetapi mempunyai rasa yang amat masam, minuman ini juga sesuai ditambah madu. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 uncang tea
- Air panas secukupnya
- Gula secukupnya
- Madu secukupnya
- 1 biji lemon ambil jusnya
- 1 biji lagi di hiris
- Ais secukupnya
Kaedah
- Mula-mula rendam uncang teh mengikut kepekatan diigini.Lebih lama lebih pekat.
- Kemudian tuang didalam gelas yang kita ingini.
- Tambahkan gula dan madu.
- Kacau ketika teh masih panas agar gula dan madu mudah larut
- Masukkan jus lemon anggaran sesudu untuk segelas teh.
- Tambahkan air batu hingga memenuhi gelas.
- Masukkan bancuhan lemon tea tadi.
- Siap.
Jika anda suka minuman yang panas anda boleh mengabaikan penggunaan ais. Begitu juga jika anda suka minuman yang lebih manis anda boleh tambah lebih madu. Kombinasi bahan-bahan ini akan memberi lebih kepuasan khusus bagi peminta ice lemon tea. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.