Resepi Hot Chocolate Premix Boleh Buat Edible Gift
Resepi seterusnya merupakan resepi mudah untuk menyediakan hot coklat. Hot chocolate merupakan sejenis minuman yang mengenyangkan. Jika di Barat minuman ini kerap dihidang semasa musim sejuk.
Namun begitu bagi orang kita waktu yang sesuai menikmati hot chocolate ialah di waktu musim hujan di mana cuaca lebih sejuk. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda sediakan sendiri.
Bahan-bahan
- 1 cawan susu tepung
- ½ cawan gula halus
- ½ cawan serbuk koko
- 2 sudu teh tepung jagung
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan ayam sebelum simpan didalam bekas kedap udara.
- Untuk menyediakan hot chocolate anda hanya perlu didihkan 200ml susu, masukkan 2 sudu besar serbuk hot chocolate.
- Kacau sehingga sebati, sedia untuk digunakan.
Penyediaan Hot Chocolate menjadi lebih mudah menggunakan tepung premix ini. Amat penting untuk memilih serbuk koko yang berkualiti bagi menghasilkan minuman yang sedap dan berkualiti.Jika di Barat Hot Chocolate Mix ini dijadikan sebagai hadiah. Ia dipanggil edible gift yang boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.