Resepi Honey Lemon Chicken Wing Stail Chinese Food

Resepi kali ini merupakan kategori atau dari kumpulan himbunan  resepi kepak ayam. Kepak ayam adalah bahagian ayam yang paling digemari dan sering dijadikan sebagai menu pembuka selera. Kepak ayam paling sedap dimasak bersama sos yang manis dan masam dan juga dimakan ketika masih panas.

Seterusnya adalah cara-cara dan bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan resipi ini seperti yang berikut.

Bahan utama 

  • 12 ketul kepak ayam
  • *gaul dengan garam dan serbuk perasa

Bahan kering

  • 4 tbsp tepung beras
  • 2 tbsp tepung gandum
  • 1 tsp garam 
  • 1 tbsp serbuk cili/paprika
  • 1 tsp baking powder
  • ½  tsp ajinomoto 

Bahan Sos

  • 1 sudu minyak
  • 1 cawan stok ayam
  • 1/4 cawan jus lemon
  • 2 sudu gula
  • 2 keping lemon
  • Bancuhan tepung (tepung jagung + air)

Kaedah 

  • Bersihkan kepak ayam.
  • Gaul dengan garam dan serbuk lada Sulah.
  • Kemudian tambah dengan 2 sudu bahan kering yabg telah dicampur.
  • Perap sebentar 
  • Sediakan minyak penuh dan panaskan
  • Sebelum goreng ayam, gaul dengan baki bahan kering dulu.
  • Toskan selepas goreng.

Sediakan sos

  • Tambahkan sedikit minyak dalam kuali
  • Tumiskan bawang putih dan juga hirisan lemon.
  • Kemudian masukkan ayam dan stok ayam
  • Masukkan sedikit jus lemon dan juga madu
  • Biarkan semua bahan pekat dan sebati baru tutup api
  • Siap!

Masakan ini kepak ayam ini paling kerap dihidangkan atau boleh dapati di restoran-restoran Cina. Kita jarang jumpa ini masakan ini jika di restoran masakan Melayu.Oleh itu anda haruslah menyediakan ia sendiri untuk merasai dan menimati kenakan kepak ayam ini. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *