Resepi Green Smoothie Minuman Boleh Kurus Kena Cubalah

Resepi seterus ini adalah sejenis minuman yang penuh dengan pelbagai khasiat dan juga sedap. Green Smoothie sangat kaya dengan pottasium, lemak sihat dan juga tinggi mineral dan vitamin semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan. Ianya kerap menjadi pilihan bagi pengamal diet kerana kebaikannya walaupun sesetengah orang menganggap rasanya tidak sedap namun perkongsian kali ini menghasilkan smoothie yang bukan sahaja berkhasiat tetapi juga sedap.

Antara bahan digunakan didalam resepi ini ialah sayur kale,celery , santan dan avocado kemudian ditambah dengan sedikit lemon, natural yogurt dan juga beberapa titis stevia. 

Bahan-bahan

  • Segenggam sayur kale/bayam
  • 2 batang saderi
  • ½ biji avocado
  • Sedikit daun pudina
  • 1-2 tsp jus lemon
  • 1 tbsp natural/greek yogurt
  • 2 titis stevia Drop
  • 100ml santan/krim

Kaedah

  • Kisar semua bahan dan tambah sedikit air sejuk bersama beberapa ketul air batu.
  • Kisar hingga semua bahan benar-benar halus dan tuang didalam gelas tinggi.
  • Siap!

Penggunaan santan boleh diubah menggunakan krim masakan mengikut selera anda. Namun santan bukan sahaja sumber lemak sihat malah iannya juga bahan anti radang dan sesuai bagi mereka alergik pada gluten.Anda perlu mencuba resepi untuk menikmati sendiri rasanya yang sedap itu Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain