Resepi Green Curry Ayam Brand Masakan Segera Tapi Sumpah Sedap

fResepi kali ini adalah resepi menggunakan pes siap Green curry Ayam Brand. Green curry atau kari hijau yang berasal dari Thailand. Kari hijau ini bukanlah seperti kari yang biasa kita masak dimana ia menggunakan serbuk kari ayam. Ia menggunakan bahan-bahan bukan rempah ratus seperti kulit kayu manis,bunga lawang atau bunga cengkih sebaliknya ia menggunakan daun ketumbar, daun selasih dan cili hijau. Tapi dalam perkongsian kali ini saya gunakan cara lebih mudah iaitu menggunakan pes kari hijau jenama Ayam Brand. Jom kita lihat cara-caranya. 

Bahan-bahan

  • Green Curry Paste Ayam Brand 50g
  • Isi ayam anggaran 5-6 keping (potong kecil)
  • Santan Kara 200ml
  • Cili api belah dua
  • Daun limau purut (buang urat tengahnya)
  • Serai (ketuk pecah)
  • Air (ikut keperluan)

Kaedah

  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk
  • Masukkan pes kari hijau dan biarkan ia sebati sebentar.
  • Kemudian masukkan ayam dan kacau supaya sebati dan ayam masak.
  • Tambah air sedikit jika perlu
  • Tambah santan dan sedikit lagi air jika suka berkuah.
  • Masukkan cili api, serai dan daun limau purut
  • Biarkan ia mendidih dan tambah air jika pekat sangat.
  • *tak perlu garam atau serbuk perasa)

Masakan menggunakan pes ini amat sesuai bagi mereka yang bekerja atau ketika bercuti dimana kita tak perlu menyediakan bahan yang banyak malah garam pun tak perlu, cuma perlu ayam dan juga santan untuk rasa yang lebih sedap. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain