Resepi Garden Salad (Simple Sihat)
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi salad yang sangat sesuai dihidangkan kepada orang yang sedang diet. Salad garden atau nama Melayunya Salad Taman merupakan salah satu menu yang disediakan disesetengah restoran-restoran makanan segera. Ia adalah gabungan pelbagai jenis sayur salad yang mempunyai pelbagai warna. Sebab itu namanya Garden Salad
Ianya dijual dengan harga yang mahal juga walaupun bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas.Oleh kerana itu, kali ini Madam akan kongsikan resepi dan cara untuk Garden Salad yang sangat ringkas ini untuk anda cuba jika ingin mengubah selera
Resepi Garden Salad (Simple Sihat)
Bahan-bahan
- ½ jambak salad iceberg, romaine atau mak tam
- 4-6 biji tomato ceri berwarna merah dan oren
- ½ timun jepun
- ½ biji hirisan bawang holland
- ½ biji sayur lobak merah
- ½ biji lada benggala hijau
Salad dressing
- Thousand Island jenama Kew Pie
Kaedah
- Bersihkan semua sayur-sayuran.
- Hiris sayur salad jika ia terlalu besar.
- Hiris timun dan lobak merah.
- Hiris bulat bawang holland.
- Hiris dadu lada benggala
- Campurkan semua bahan dan tuang sos thousand island.
- Sediakan dihidangkan.
Walaupun resepi ini agak ringkas, namun ia adalah antara makanan yang ringkas dan sihat. Garden salad ini juga mempunyai kandungan kalori yang sangat rendan. Untuk menjadikan lebih rendah kalori anda boleh menggunakan minyak zaitun bersama perahan lemon sebagai sosnya.Bagi mencari sayur-sayuran yang sesuai anda boleh berkunjung ke Aeon dibahagian sayur-sayuran dan organik. Selamat mencuba ya!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.