Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Extra Joss Anggur Minuman Popular Dari Indonesia

author name

📄 ,

Minuman ini mulai popular sejak kebelakangan ini, ianya dibawa ke negara ini oleh peniaga-peniaga yang berasal dari Indonesia. Extrajoss adalah sejenis minuman yang disediakan menggunakan serbuk extrajoss yang mempunyai pelbagai perisa dan yang paling popular ialah perisa anggur. Serbuk anggur ini mempunyai rasa yang manis tetapi kebanyakkan orang akan menambah sedikit susu manis tetapi bagi saya ia lebih sedap ditambah dengan susu cair, jom tengok apakah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 pek extrajoss perisa anggur 
  • 1 tbsp susu manis
  • Susu cair (anggar sendiri)
  • Air secukupnya
  • Air batu secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula dalam gelas yang sesuai masukkan serbuk extrajoss.
  • Kemudian tambah susu manis (manis anggar sendiri).
  • Guna frother atau sudu  untuk bancuh sebati.
  • Tambahkan air batu dan juga air hingga sedikit penuh
  • Akhir sekali masukkan susu cair secukupnya.
  • Siap! 

Jika anda tidak gemar susu cair anda boleh menggunakan susu manis sahaja. 1 peket biasanya digunakan untuk 1 gelas minuman sahaja, tak perlu tambah gula kerana ia sudah manis. Orang kata minuman ini digunakan untuk menambah tenaga jadi ia tak boleh diminum selalu, selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.