Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Durian Crepe (Yang Original)

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang amat popular beberapa tahun yang lalu. Durian crepe adalah satu bentuk inovasi crepe. Crepe adalah satu jenis pankek yang nipis, jika disini resepinya mirip kuih gulung atau nama lain kuih ketayap yang intinya diperbuat dari kelapa yang dimasak dengan air gula. Bagaimanapun crepe sangat popular dinegara Taiwan dan Hong Kong. Namun disana isinya ialah buah mangga, jadi namanya ialah Mango Crepe.

Apabila ia mula dibawa ke Singapura dan Malaysia intinya mula diubah menggunakan isi durian. Memandangkan durian adalah buah yang sangat popular dikedua negara ini. Ternyata percubaan ini menjadi dengan jayanya sekali. Namun untuk mendapat kulit durian crepe ini memerlukan bahan yang betul. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Durian Crepe (Yang Original)

Bahan kulit

Bahan kering

  • 40g tepung gandum
  • 40g tepung ubi
  • 20g tepung jagung
  • 20g tepung kastard
  • 1 sudu besar gula

Bahan basah

  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 130ml susu cair
  • 50ml air (bergantung pda kepekatan tidak terlalu cair n tidak terlalu pekat)
  • 1 biji telur
  • secubit garam
  • pewarna kuning

Kaedah

  • Mula ayak semua bahan kering dahulu.
  • Masukkan bahan basah satu persatu mula dari esen vanila sambil kacau, akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu cair.
  • Tapis sebelum guna.
  • Untuk mengoreng pula, mula-mula panaskan kuali tidak melekat (non -stick pan) apabila telah panas, gris sedikit minyak masak menggunakan minyak masak.
  • Dengan guna senduk kecil tuang bancuhan,kemudian gerakkan kuali dan buat satu pusingan agar bancuhan tersebut meliputi semua bahagian kuali. 
  • Guna api kecil sahaja
  • Tunggu ia mengelembung sedikit, angkat terus tidak perlu terbalikkan ia.
  • Buat sehingga habis semua adunan.

Bahan inti durian

  •  1-2 cawan  fresh cream
  • Isi durian secukupnya (anggaran 5 ulas)

Kaedah

  • Pukul krim sehingga ia kaku, ketepikan.
  • Asing isi durian dari bijinya.

Cara-cara penyediaan Durian Crepe

  • Ambil sekeping kulit durian crepe.
  • Menggunakan bahagian kasarnya, masukkan sesudu krim dan masukkan isi durian mengikut selera anda.
  • Ulang sehingga habis.
  • Masukkan dalam petiais sebelum dihidangkan.

Satu adunan ini boleh mendapat lebih kurang 15-20 keping kulit crepe. Manakala untuk sukatan isinya, anda perlulah mengaggarkan sendiri bergantung sebanyak mana yang anda ingin, namun janganlah terlalu banyak kerana kulit durian crepe ini agak nipis.

Selepas siap, anda bolehlah menyimpannya didalam peti beku jika ingin ia tahan lebih lama. Dengan itu anda bolehlah membawanya berjalan jauh seperti dalam perjalanan ketika tempat percutian atau ketika balik kampung. Apapun cubalah dulu resepi ini dan rasailah keenakannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi yang menarik

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *