Resepi donut kali ini adalah antara kegemaran ramai. Bukan hanya anak-anak tetapi jua ibu-ibu yang sememangnya gemar memasak untuk anak-anak tercinta. Namun semua orang tahu antara perkara yang melemahkan ialah hendak menguli dohnya. Doh untuk membuat donut perlulah diuli hingga mencapai keelastik yang dikehendaki.
Resepi yang Madam bawakan kali ini, ialah yang terbaik pernah Madam cuba. Ini adalah kerana ia bukan sahaja ia tidak perlu diuli kuat, bahannya juga amat mudah didapati. Lebih menarik donut ini tahan lembut sehingga beberapa jam selepas digoreng.
Sebelum Madam bercerita lebih lanjut, apakata kita lihat dahulu bahan-bahan dan kaedah untuk menghasilkan donut yang lembut tanpa diuli ini.
Resepi Donut Lembut (Resepi Tanpa Uli)
Bahan-bahan A
- 1 cawan air suam
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu manis
- Sepeket kecil yis (11g) (pastikan yang masih baru)
Bahan-bahan B
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh bread improver ( bread softner pun boleh)
- 2 sudu besar mentega
Kaedah
- Campurkan bahan-bahan A dan biarkan hingga ia berbuih dan kembang.
- Satukan bahan-bahan B dalam mangkuk lain yang agak besar,kacau agar ia sekata.
- Tambahkan adunan A kedalam B sedikit demi sedikit.
- Uli seketika agar semua bahan rata. Kemudian biarkan doh berehat selama sejam.
- Tutup dengan cling wrap atau kain lembab.
- Apabila doh telah naik dua kali ganda, buangkan gas ia dengan cara menumbuk ia dan uli sedikit dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat.
- Bahagikan adunan kepada 40 g setiap satu doh. Atau 60g untuk saiz besar.
- Bulatkan setiap satu doh dan lapik dengan kertas minyak yang dipotong besar sedikit dari saiz doh dan jarakkan antara satu sama lain.
- Rehatkan lagi 20 minit atau hingga naik sekali ganda. Tutup dengan kain lembab.
- Apabila doh telah kembang, lubangkan doh yang hendak dijadikan donut, atau biarkan bulat untuk dijadikan bambolini.
- Lubang boleh dibuat menggunakan tutup botol atau acuan yang sesuai.
- Goreng dengan minyak yang banyak dan sederhana panas.. Tos minyak sebelum dihidang dengan gula castor atau coklat. Bagi bambolini anda boleh paipkan ia dengan krim kastad atau krim kastad coklat.
Hasil pemerhatian,Madam mendapati donut ini tahan lembut dari pagi hingga ke petang iaitu lebih kurang 8 jam, namun pastikan ia disimpan dalam bekas yang tertutup. Seperti roti,jika ia terdedah pada udara ia akan kering dan keras.
Boleh hiasi ia dengan coklat ganache atau gula castor,atau jika anda inginkan bambolini anda boleh isi ia dengan inti krim kastad vanila. Link resepinya ada dibawah.Selamat mencuba.
Resepi Menarik Lain.
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.
Leave a Reply