Resepi Donat Sosej Yang Marbeles Boleh Buat Sendiri
Resepi seterusnya ini merupakan satu lagi resepi menggunakan donat sebagai bahan utamanya. Donat sosej adalah donat yang diisi dengan sosej. Ia amat mudah untuk disediakan namun biasa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya bagi peminat makanan savori. Antara bahan-bahan yang digunakan sudah tentulah tepung,yis,gula,garam dan marjerin.
Bahan lain yang digunakan ialah sosej yang telah direbus terlebih dahulu, kemudian ia disalut dengan serbuk roti sebelum digoreng dengan minyak sederhana panas. Bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menyediakannya.
- 200gm tepung roti
- 50gm tepung kek
- 5gm yis
- 30gm gula kastor
- 5gm garam
- 10gm tepung susu
- 25gm telur
- 120gm air dingin
- 40gm mentega
- 8 batang sosej
- 1 biji telur
- 200gm serbuk roti
- Campurkan Bahan A, masukkan Bahan B dan Bahan C.
- Pukul dengan kelajuan sederhana selama 5 minit.
- Tambah Bahan D terus pukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
- Tutup doh dengan tuala lembab atau plastik, rehatkannya selama 30-40 minit, biarkan ia mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
- Kemudian tumbuk-tumbuk doh keluarkan angin. Bahagi dan bulat-bulatkan doh kepada 30gm setiap satu.
- Rehatkan 10 minit, kemudian canai doh memanjang dan salutkan sosej kemaskan balutan.
- Kemudian celupkan ke dalam telur dan golek-golekkan dalam serbuk roti.
- Rehatkan atas dulang yang ditabur tepung selama 30 minit.
- Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan. Angkat dan toskan
- Siap.
Untuk mendapat gorengan yang cantik gunakan minyak yang tidak terlalu panas atau sebaliknya. Ini kerana jika minyak terlalu panas ia akan hitam dan tidak masak didalam manakal jika minyak tidak panas pula gorengan akan menjadi berminyak. Sentiasa kacau agar donut masak rata dan cantik. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.