Resepi Donat Coklat Oreo Confirm Anak-anak Suka Buat Sendiri

Resepi kali ini merupakan satu lagi inovasi manisan menggunakan donut. Donut merupakan salah satu menu minum petang yang amat digemari dan antara makanan yang sering di improvasi kan dengan pelbagai cara.

Salah satunya ialah resepi yang dikongsi kali ini iaitu donut coklat oreo, dimana ia adalah donut berperisa biasa tetapi dicelup dengan coklat ganache dan juga taburan serdak Oreo. Berikut adalah bahan-bahan yanh diperlukan.

Asas Donat

  • Susu segar 130ml
  • 4 gm yis segera
  • 1 (60gm) telur – Gred A
  • 250 gm tepung protein tinggi
  • 50 gm tepung gandum
  • 20 gm tepung kastad
  • 4 gm garam
  • 35 gm gula kastor
  • 25 gm mentega 
  • Campurkan bahan-bahan A, ketepikan.
  • Kemudian adun bahan-bahan B, kemudian tambahkan dengan bahan-bahan A.
  • Sehingga doh menjadi lembut dan elastik.
  • Tutup dengan kain lembab dan rehatkan sehingga menjadi dua kali ganda saiznya.
  • Canaikan dan terap dengan acuan donut.
  • Rehatkan lagi sebelum digoreng.
  • 150 gm Coklat masakan (cooking chocolate)
  • Sedikit susu cair
  • 120 gm Biskut Oreo (pecah-pecahkan)
  • Cairkan coklat dan tambah sedikit susu cair dan kacau hingga sebati.
  • Celup donat yang telah digoreng tadi
  • Hias dengan taburan biskut oreo.
  • Siap! 

Bagi peminat-peminta donut bercoklat terutama kanak-kanak resepi ini pasti akan digemari kerana donutnya yang lembut sangat sedap apabila dimakan bersama coklat pahit dan taburan Oreo. Paling sedap dimakan bersama secawan susu, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *