Resepi Daging Goreng Cili Flakes Buat Untuk Dinner

Resepi ini merupakan salah satu resepi ringkas yang menggunakan daging lembut dan sangat mudah untuk disediakan. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas seperti bawang besar, bawang putih, cili flakes dan juga sos tomato. Ia amat sesuai dihidang sebagai makan malam kerana ia juga cepat untuk disediakan.

Dalam resepi ini bagaimanapun daging perlulah digoreng selepas dislatu dengan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan 

  • 500g daging lembut.
  • Bawang besar (potong bulat)

Bahan perapan daging 

  • Telur
  • Bawang putih kisar
  • Kicap cair/sos ikan
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung jagung

Bahan sos

  • Bawang putih
  • Cili flakes
  • Sos cili
  • Sos Korea
  • Kicap manis 
  • Cuka

Kaedah

  • Mula-mula perap daging dengan bahan perapan..
  • Sementara itu goreng bawang besar yang telah dihiris hingga perang, alih.
  • Kemudian campur tepung jagung dengan daging dan goreng dengan minyak yang panas.
  • Ketepikan.
  • Dalam kuali lain tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili flakes.
  • Tambah sos cili, Korea dan sedikit kicap manis.
  • Akhir sekali masukkan cuka.
  • Selepas itu masukkan daging dan bawang yang telah digoreng tadi.
  • Gaul mesra dan tabur bijan putih jika suka, ia sedia untuk dihidangkan.
  • Siap!

Untuk mencari daging yang lembut anda boleh beli dipasar dan minta daging batang pinang. Namun oleh kerana ia agak mahal anda boleh tanya kepada mereka daging lembut dan mereka akan rekomen bahagian daging yang sesuai dengan bajet anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain