Koleksi Resepi Aneka Cucur Menarik dan Mudah

Kali ini kami ingin kongsikan resepi kudapan, sarapan pagi dan minum petang yang popular dan mudah dan buat. Resepi aneka cucur yang akan kongsikan ini pasti memberikan anda idea untuk membuat kudapan. Cucur memang mudah nak buat bila anda tidak ada idea untuk minum petang atau sarapan pagi, Bukan anda sahaja , malah anak-anak pasti suka. Bukan sekadar mudah nak buat malah boleh kenyang juga makan cucur. Jom baca bersama koleksi cucur yang kami himpunkan untuk anda ini.

Resepi Cucur Jagung

Resepi cucur pertama ini ialah cucur jagung. Cucur jagung ini memberikan rasa manis isi jagung tersebut. malah resepi yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail ini rangup di luar lembut di dalam. Cukup menyelerakan.

Bahan-bahan

  • Isi jagung yg dihiris
  • Tepung gandum
  • Cili blend
  • Udang kecik @ ikan bilis tumbuk kasar
  • Bwg besar dihiris
  • Serbuk kunyit+serbuk ikan bilis
  • Garam+gula secukup rasa
  • Telur sebiji
  • Air suam

Cara Penyediaan

  1. Masukkan tepung gandum isi jagung, bawang besar dihiris, udang (nak guna ikan bilis pun boleh) serbuk kunyit, garam,gula, serbuk ikan bilis, cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh ikut selera sendiri) dan telur sebiji.
  2. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair.
  3. Masuk air sikit agak senang kita nak jemput guna tangan.
  4. Dan goreng cucur guna minyak banyak api sederhana.

Resepi Cucur Kembong Susu

Resepi cucur kembong ini sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi anak-anak, pasti mereka suka kerana mempunyai rasa manis dan berlemak, paling penting mengenyangkan. Resepi cucur ini dikongsikan oleh Jalilah JJ Homemade.

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum cap baker choice atau kunci

Diayak terlebih dahulu

  • Secubit garam

Campur dengan tepung gandum tadi dan gaul sebati

  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 3 cawan air mendidih

Cara Penyediaan

  1. Tuang air panas di tepung gandum tadi kacau hingga kental.
  2. Biarkan sejuk suam kuku.
  3. Baru bulatkan sapu sedikit minyak ditapak tangan susun dalam loyang buat hingga habis.
  4. Goreng dengan minyak yang banyak.
  5. Pastikan minyak benar panas baru masuk bebola yang sudah di bulatkan.
  6. Bila bebola dah masak slowkan api sedikit dan balikkan selalu hingga bebola cucur terapung dalam minyak hingga kekuningan.
  7. Toskan sedia dihidangkan.

Resepi Cucur Nasi Pedas

Jika anda mempunyai lebihan nasi semalam, selalu buat nasi goreng kan, apa kata anda cuba resepi cucur nasi pedas ini. Buat penggemar cili api resepi ini sesuai untuk anda. Memang kenyang kalau dah makan cucur ini. Jom baca resepi oleh Rossita Omar.

Bahan-bahan

  • Nasi sejuk + air panas + garam (secukup rasa). Diblend hingga lumat
  • Bawang merah
  • Cili api
  • Ikan bilis
  • Tepung

Cara Penyediaan

  1. Campurkan hirisan bawang merah + hirisan cili api + bilis yang di gunting.
  2. Gaul kesemuanya hingga rata.
  3. Masukkan tepung secukupnya.bKacau & gaul hingga rata. Adunan perlu pekat.
  4. Kalau tak cukup tepung adunan akan berderai bila di goreng nanti.
  5. Cucur ini garing di luar & lembut di dalam . Tetap akan rasa lembut walau dah lama goreng. Kalau nak tambh sayur lain pun boleh untuk tambah lebih sedap.
  6. Nak bubuh kiub pati ikan bilis atau kiub pati ayam pun lagi sedap. Boleh di pelbagaikan rasanya.
  7. Untuk mengoreng pula. Kerap basahkn tangan & jemput adunan dengan jari & perlahan-lahan masukkan dalam kuali.
  8. Cara ini akan dapat cucur yang comel dan bulat.

Resepi Cucur Udang

Cucur udang juga adalah cucur yang popular, tapi kebanyakannya bila beli di luar pasti lembut dan tak serasi dengan tekak. Jom cuba resepi cucur udang yang rangup di luar dan lembut di dalam dituliskan oleh Mazitah Ahmad Nur Solehah.

Bahan-bahan

  • Tepung gandum 1/2kilo (tak kisah cap apa)
  • *Serbuk kunyit sedikit ( jika perlu )
  • *Garam secubit
  • *Gula 2 sudu besar
  • *Telor 1 biji
  • *Sedikit serbuk soda bikarbonat
  • Daun Kuchai
  • Taugeh
  • Udang – cuci bersih tanpa membuang kulit, kepala dan ekor

Cara Penyediaan

  1. Campur semua bahan-bahan bertanda ** gaul-gaul rata.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung
  3. Setelah sebati semua baru masukkan daun kuchai, taugeh dan udang gaul-gaul rata ketepikan rehatkan doh sebentar anggaran masa setengah jam.
  4. Setelah cukup tempoh perapan bolehlah di goreng.
  5. Lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu kemudian baru tuangkan adunan dengan menggunakan tangan toskan setelah masak.

Resepi Cucur Jawa

Antara kuih legend yang masih mendapat permintaan ramai ialah cucur jawa. Selalu kalau nak beli cucur jawa memang mudah nak jumpa di pasar malam. Nak buat cucur jawa ini juga teknik yang tersendiri, kalau silap memang tak jadi cucur jawa ini. Jom baca resepi yang dikongsikan oleh Noor Suhaida.

Bahan-bahan

  • 4 cawang tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 setengah cawan gula merah
  • 1 setengah cawan gula putih
  • Garam halus 1 sudu besar
  • Air 3 cawan lebih @ 3 cawan suku

Cara Penyediaan

  1. Gaul sebati tapis dan perap semalaman kat luar tak payah letak dalam peti ais.
  2. Masa nak goreng minyak jangan letak banyak sangat api tak boleh kuat sangat tak boleh slow sangat.
  3. Waktu nak goreng kalau adunan turun pekat tak jadi bulat elok tambah air dalam adunan 2-3 sudu bagi dia turun smooth.

Resepi Cucur Nasi Jejari Ketam

Satu lagi cucur yang menjadi pilihan anak-anak ialah cucur nasi jejari ketam. Jika ada lebihan nasi anda boleh cuba resepi ini yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira.

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi zie menggunakan beras era Nagasari super import @erafoodsmy
  • 2 cawan air atau boleh agak²
  • 2 1/2 cawan kecil tepung gandum
  • 15 batang crabsticks di potong kecil
  • Daun kucai secukupnya di hiris halus
  • sedikit garam serbuk cukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng

Cara Penyediaan

  1. kisar nasi bersama air hingga lumat, sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, bahan kisar dan semua bahan berbaki satu persatu.
  3. Lalu kacau sebati. Adunan haruslah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak keperangan siap.

Resepi Cucur Roti Gardenia

Jika sebelum ini lebihan roti anda membuat puding roti atau sebagainya, apa kata anda selepas ini anda buat cucur roti menggunakan lebihan roti, memang sedap. Resepi unik ini telah dikongsikan oleh Jaja Noriza.

Bahan-bahan

  • 5 keping roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Daun bawang,cili merah, kucai, carrot di hiris halus dan taugeh
  • Udang/ikan bilis/isi ayam/sosej dan sebagainya boleh diisi
  • Garam dan megi cukup rasa secukupnya
  • Jika suka letak serbuk kunyit bole letakkan sikit
  • Anggaran 2 cawan air biasa

Cara Penyediaan

  1. Letak semua bahan kecuali air dalam mangkuk kemudian masukkan air sikit dan gaul hingga jadi adunan yang pekat.
  2. Panaskan minyak dan sendukkan bancuhan dan goreng hingga garing. toskan dan sedia dinikmati.

Resepi Cucur Badak

Cucur badak atau kuih badak ini masih mempunyai permintaan, memang sedap jika dimakan ketika panas. Kadang ada yang kita beli tak seperti yang kita nak. Satu lagi cucur badak ini inti perlu ada rasa manis dan pedas baru lah kick orang kata. Resepi ini ditulis oleh Kak Yong Asmahan.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 kg keledek (oren)
  • Tpg gandum

Bahan B

  • Kelapa parut (putih 1 biji)
  • Bwg merah ( 2 biji)
  • Halia ( 3 inci)
  • Serai (3 btg)
  • Cili kering (1 senduk kecil)
  • Udg kering (segenggam)
  • Kunyit serbuk
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan

  1. Kupas keledek. Rebus dan tapis. Sejukkan.
  2. Lenyek keledek hingga hancur.
  3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Ketepikan.

Bahan Inti Cucur Badak

  • Bawang
  • Halia
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Serai
  • Serbuk kunyit
  • Garam dan gula
  • Kelapa parut

Cara Penyediaan

  1. Blend bawang, halia, cili kering dan udang kering.
  2. Tumis bahan bersama serai yang di ketuk. Masukan serbuk kunyit.
  3. Masak bumbu hingga masak.
  4. Sesuaikan garam dan gula.
  5. Masukkan kelapa parut. Sebatikan semua.
  6. Masak inti hingga adunan nampak masak dan kering.
  7. Sejukkan. Inti kena pedas manis.
  8. Ambil doh keledek. Leper dan letak inti.
  9. Bulatkan dan tekan sedikit.
  10. Jika nk lagi cantik. Ambil udang seekor dan letak diatas doh.
  11. Goreng dalam minyak sederhana panas.

Resepi Cucur Bawang

Cucur bawang juga adalah cucur kegemaran mak-mak untuk dibuat sarapan pagi. Menu ringkas ini sesuai dijamah oleh anak-anak. Jom baca resepi dari Nurul Wada Adilah Azmi.

Bahan-bahan

  • Tepung gandum setengah kilo
  • Air suam 1 setengah cawan
  • Garam secukup rasa
  • Bawang.
  • 1 sudu kecil yis

Cara Penyediaan

  1. Masuk tepung, bawang, yis & air suam peram dalam 15minit.
  2. Masa nak goreng baru letak garam sikit.
  3. Jemput kan dalam minyak yang betul panas guna hujung jari. Ok siap.

Resepi Cucur Nangka

Amat jarang kita dengar nangka dibuat menjadi cucur. Tapi sebenarnya rasa lagi manis dan berlemak. Cucur nangka ini elok digaul bersama buah nangka madu yang dah masak sepenuhnya baru rasa cucur ini lemak manis. Resepi cucur nangka ini dari Hazirah Iera.

Bahan-bahan

  • Tepung gandum
  • Nangka – potong ikut suka
  • Air biasa
  • Air panas
  • Telur 1 biji
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula (tak letak sebab nangka dah manis)

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua bahan kecuali air. Kacau hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga dapat kelikatan yang sesuai.
  3. Akhir sekali tuangkan air panas. Sedia digoreng.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa cuba resepi aneka cucur yang telah kami kongsikan ini. Nakkan resepi menarik yang lain, boleh lihat pada menu yang telah kami sediakan untuk anda. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *