Resepi kali ini merupakan salah satu resepi yang tidak menggunakan sebarang tepung. Oleh kerana tepung gandum mengandungi karbohidrat maka ianya dielakkan bagi mereka yang mengamalkan diet ketogenic. Oleh itu cucur ini menggunakan serbuk kacang badam sebagai bahan utamanya. Bahan- bahan lain ditambah sebagai menaikkan rasanya lagi contohnya bawang holland yang sangat sedap.
Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini , berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Bagi mendapat bahan-bahan masakan bagi diet ketogenic ini, anda boleh beli secara online di portal-portal online shopping.
Bahan-bahan
- 1/2 cawan badam kisar (almond flour)
- 1/2 sudu teh garam Himalaya
- Sebiji telur
- 3 sudu minyak kelapa dara
- 1/2 bawang Holland (hiris nipis)
- Minyak untuk menggoreng
Kaedah
- Masukkan rempah kari dan garam Himalaya ke dalam almond flour. Kacau sebati.
- Pecahkan sebiji telur dan kacau rata.
- Tuangkan 3 sudu minyak dan gaulkan sehingga rata.
- Masukkan bawang Holland dan kacau.
- Panaskan minyak.
- Dengan api sederhana masukkan sesudu adunan dan goreng.
- Hidang dengan sos cili.
- Siap
Ianya amat mengejutkan kerana rasa cucur ini sangat sedap, jika anda peminat vadei anda pasti suka akan rasa cucur ini. Amat penting untuk masak sesuatu yang boleh ditelan bila memilih plan diet yang sesuai. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!
Leave a Reply