Resepi Coffee Walnut Choc Chip Cookies Korang Mesti Suka

Resepi kali ini merupakan satu resepi biskut coklat cip yang agak popular dinegara kita ini. Coffee walnut Chocolate Chip adalah biskut yang dipenuhi dengan coklat dan walnut berperisa kopi.

Cara membuatnya juga amat mudah, malah untuk resepi ini anda tidak perlu menggunakan mesin pengadun. Memadai mengadunnya menggunakan tangan sahaja, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Penggunaan shortening menjadi biskut ini lebih rangup. Ia juga tahan lama jadi ia sesuai dijadikan hidangan dihari raya atau dijadi bahan didalam goodies bag. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

A

  • 200g butter
  • 50g shortening
  • 2 biji kuning telur
  • 200g gula halus
  • 50g gula perang

B

  • 250 tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp emplex
  • Secubit garam (jika guna butter unsalted)

Pes kopi

  • 1 sachet / 1 tsp serbuk nescafe
  • 1 tsp air panas
  • 1 tsp emulco mocha (pilihan)
  • ** bancuh menjadi pes
  • 1 pek coklat cip (100g atau lebih)
  • 3-4 tbsp serbuk koko/koko hitam 
  • 250 g dark chocolate (potong dadu)
  • 100g walnut (bakar dahulu)

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
  • Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
  • Kemudian masukkan kuning telur.
  • Sediakan bahan B didalam bekas lain.
  • Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
  • Kacau perlahan hingga menjadi doh
  • Tambahkan serbuk koko dan gaul hingga rata
  • Kemudian baru tambahkan dark chocolate yang dipotong dadu dan separuh dari chocolate chip.
  • Masukkan pula separuh dari walnut 
  • Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
  • Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
  • Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
  • Letakkan walnut sebagai hiasan sebelum bakar
  • Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
  • Sejukkan sebelum disimpan
  • Siap!

Penggunaan shortening menjadi biskut ini lebih rangup, anda boleh mengguna apa sahaja jenama kopi selain nescafe seperti essenso. Biskut ini juga tahan lama jadi ia sesuai dijadikan hidangan dihari raya atau dijadi bahan didalam goodies bag. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *