Resepi Coconut Float Betul-betul Rasa Kelapa Fresh Gitu

Resepi minuman kali ini agak popular tetapi saya ubah sedikit bahan yang digunakan untuk menghasilkan rasa yang lebih sesuai dengan selera kami sekeluarga. Resepi sedap kalau dihidang waktu berbuka puasa kerana rasanya yang lebih berkrim dan mengenyangkan. Tak banyak berbeza berbanding coconut shake cuma ada sedikit perbezaan dimana saya gunakan aiskrim kelapa untuk mendapatkan rasa kelapa yang lebih umph! Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  • Air kelapa 1 biji
  • Susu fresh 
  • Susu manis
  • Isi kelapa
  • Aiskrim kelapa

Kaedah

  • Sukatan untuk seorang minum, kisarkan air kelapa bersama isi kelapa,susu manis dan juga susu segar.
  • Dalam gelas siap letak isi kelapa dan air batu.
  • Tuang semua bahan yang telah dikisar dan tambahkan 1 scoop aiskrim.
  • Siap untuk dihidangkan.

Saya gunakan aiskrim kelapa kerana ingin mengekalkan rasa kelapa. Tapi kalau anda suka anda boleh juga gunakan aiskrim vanila ia lebih manis tetapi mempunyai kurang rasa kelapa. Apapun terpulanglah pada selera anda. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain