Resepi Coca Cola Chicken Wing Lain Macam Sedap Nih
Resepi ini merupakan satu lagi resipi menggunakan kepak ayam yang biasanya dihidang di restoran. Kebiasaannya ianya dihidang di restoran masakan Cina. Kepak ayam masak Coca Cola ini menggunakan air coca cola sebagai bahan utama, sesuatu yang digunakan dalam masakan Melayu malah ramai yang skeptikal akan rasanya.
Bagi anda yang ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahannya yang boleh anda dapati di kedai yang berdekatan.
Bahan-bahan
- 4 ketul ayam kepak (gaul dengan garam dan serbuk sulah)
- 1 tin coca cola
- Kicap manis secukup rasa
- 1/2 sudu makan gula
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
Kaedah
- Panaskan 1 sudu minyak.
- Tumiskan bawang putih
- Masukkan kepak dan goreng sehingga masak.
- Kemudian masukkan kicap,garam dan sedikit gula.
- Tambahkan 1 tin air Coca Cola
- Masukkan sedikit kicap manis dan tambahkan garam agar ada rasa sedikit masin.
- Tutup dan masak sehingga air kering dan menjadi pekat.
- Siap!
Jika anda tertanya-tanya akan rasanya, kepak ayam ini mempunyai rasa yang unik dikuasai oleh rasa manis daripada coca cola dan ada rasa seperti ayam karamel itu namun begitu tidaklah terlalu manis anda haruslah mencuba sendiri ini . Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.