Resepi Chicken Pie
Assalamualaikum…x tau nk wat apa tuk minum ptng??jom akk share resepi chicken pie versi akk..
Bahan:
Puff pastry jenama kawan
Isi ayam(potong ikut suka)
3@4 biji kentang(potong jgn kecik sgt)
2 biji bawang besar(dadu)
5 ulas bwng putih(cincang)
1 sudu mkn serbuk lada hitam
2 sudu mkn rempah kurma
1/2 btng karot(dadu)
1 tin Cendawan butang slice
2 biji cili masak(hiris halus)
1 mangkuk kecik daun bawang(hiris)
Garam n perasa
Cara:
Tumis bawang n bwng putih
Masukkan rempah kurma dan sedikit air
Bila rempah agak garing..masukkan ayam dan kentang
Masukkan air lagi utk empukkan ayam dan kentang
Masukkan lada hitam,garam n perasa
Masukkan karot n cendawan
Masak hingga kering dan akhir sekali taburkn daun bawang dan cili..tutup api..
Sediakan acuan..letakkan sekeping puff pastry ke dlm acuan..masukkan inti dan tutup dgn sekeping lg puff pastry..
Tekan dgn garfu di sekeliling pastry utk kemaskannya dan cucuk dgn garfu di atasnya dan sapukan kuning telur
Bakar dlm oven dgn suhu 180c selama 20 min atau sehingga puff nampak kembang dan kekuningan serta berlapis2..
Slmt mencuba…
kredit resepi kepada Mazliza Ahmad
nak lagi resepi?like je Resepi Sedap