Resepi kali ini merupakan resepi yang menggunakan kaki ayam sebagai bahan utama nya. Kaki ayam terkenal dengan kandungan kolagen yang sangat berkhasiat terutama bagi kaum wanita ataupun orang yang telah berumur.
Resepi berikut sesuai bagi peminat kaki ayam yang digoreng bersama tepung hingga menjadi garing. Masakan ini biasanya dijadikan sebagai snak atau finger food . Dan ianya biasanya dimakan tanpa mencecah apa-apa sos, baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1/4 kg kaki ayam
- Perasa kaki ayam
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh lada tanah
- Tepung goreng ayam jenama Bistari
- Basuh kaki ayam dengan bersih.
- Kemudian didihkan air, ketika mendidih masukkan kaki ayam.
- Rebus selama lima minit kemudian tutup periuk.
- Matikan dapur, tunggu hingga 30 minit.
- Setelah 30 minit hidupkan api, tunggu hingga mendidih, rebus selama 7 minit.
- Toskan.
- Salut dengan tepung ayam bestari dan biarkan seketika.
- Sediakan kualidan minyak panas
- Celup kaki ayam dengan tepung bestari sebelum mengoreng.
- Goreng sehingga garing.
- Toskan sebelum dihidangkan.
- Siap!
Awas ketika mengoreng kaki ayam kerana ia mengandungi kandungan yang banyak. Jadi tutup kuali ketika mengoreng dengan alat yang sesuai. Paling sedap dinikmati ketika panas-panas. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply