Resepi Butterbeer Harry Potter Pasti Meletop!
Resipi kali ini adalah sejenis resipi minuman yang menyegarkan. Minuman ini adalah aspirasi daripada filem Harry Potter yang sangat terkenal. Adegan yang memperkenalkan minuman ini terdapat didalam filem Harry Potter : The Half Blood Prince. Bagi peminat filem box offixe ini tentu anda lebih arif.
Minuman butterbear ini adalah minuman yang tidak mempunyai alkohol walaupun beberapa resepi asal minuman ini mempunyai kandungan arak. Ia disediakan menggunakan sos butterscoth,air aiskrim soda dan krim putar. Justeru ia amat sesuai bagi pelbagai lapisan masyarakat terutama bagi org Islam. Sambil minum tonton filem ini,baru feel! Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan Sos butterscotch
- 125 g mentega
- ½ cawan gula perang
- 1 tsp esen vanilla
- Krim putar
Kaedah
- Panaskan gula sehingga cair.
- Masukkan krim dan butter.
- Kacau sebati dan biarkan sehingga gula semua larut.
- Biarkan sehingga sos menjadi pekat.
Bahan lain
- Ice cream soda
- Ais krim perisa vanilla
- Krim putar
Penyediaan butterbear.
- Masukkan sos butterscotch dalam gelas pilihan anda.
- Masukkan krim putar
- Tambahkan aiskrim soda sehingga memenuhi gelas
- Siap.
Penggunaan whip cream didalam minuman ini adalah untuk memberi efek buih pada lapisan atas minuman. Sos butterscotch perlu dibuat berwarna perang jika anda ingin efek lebih menarik. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.