Resepi Brokoli Bunga Kobis Goreng Udang Senang Sangat
Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi yang di amalkan atau yang digunakan oleh pengamal diet keto atau Atkins . Brokoli bunga kobis dimasak bersama udang ini menggunakan bahan-bahan seperti biasa dan sangat ringkas. Namun begitu kerana penggunaan bunga kobis ini bertujuan untuk menggantikan nasi dan gabungan bersama udang memberi rasa yang sangat sedap menarik dan mengenyangkan. Bagi anda yang sedang berdiet dan mencari idea bagi hidangan harian anda apa kata anda cuba resipi ini dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- Bunga kobis ¼
- Brokoli satu pokok kecil
- Bawang putih 3 ulas
- Udang saiz besar 15 ekor
- Garam dan serbuk perasa
- Bersihkan bunga kobis dan potong kecil
- Bersihkan juga brokoli dan potong kecil
- Tumiskan bawang putih dan kemudian masukkan udang.
- Biar seketika agar lemak udang keluar.
- Masukkan sedikit air jika perlu kemudian tambah garam dan serbuk perasa.
- Barulah masukkan brokoli dan bunga kobis .
- Siap!
Masakan ini juga sesuai bagi mereka yang gemar makan sayur dan boleh dinikmati bersama nasi.. Gunakan udang besar atau udang kecil jika anda suka Terpulanglah kepada cita rasa dan daya kreativiti anda dalam menghidangkan masakan harian keluarga anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.