Resepi seterusnya ialah biskut bijan hitam putih. Bijan merupakan salah satu bahan masakan yang sangat popular dikalangan diseluruh dunia. Namun begitu biskut yang dimasak dengan bijan memberi rasa yang sangat menarik terutama dikalangan orang yang lebih dewasa.
Bijan mempunyai banyak khasiat yang baik untuk jantung dan menurunkan kolesterol kerana ia adalah mempunyai sumber lemak yang baik. Kali ini kita akan kongsikan kepada anda bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan biskut ini.
Bahan-bahan
A
- 200g butter
- 50g shortening
- 2 biji kuning telur
- 200g gula halus
- 50g gula perang
B
- 250 tepung gandum
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp emplex
- Secubit garam (jika guna butter unsalted)
Hiasan/Inti
- 100g bijan hitam
- 100g bijan putih
- 100g biji kuaci labu, hijau dan putih
- 3 tbsp serbuk almond
Kaedah
- Mula-mula cairkan butter dan shortening kemudian sejukkan sebentar.
- Masukkan gula dan kacau agar gula larut.
- Kemudian masukkan kuning telur.
- Sediakan bahan B didalam bekas lain.
- Kemudian masukkan bahan A ke bahan B
- Kacau perlahan hingga menjadi doh
- Tambahkan separuh dari bijan-bijan
- Masukkan pula serbuk badam.
- Akhir sekali masukkan biji-biji kuaci campuran.
- Rehatkan doh sebaik-baiknya 12 jam sebelum dibakar.
- Bulat-bulatkan doh sebesar biji guli sebelum dibakar.
- Jarakkan setiap doh kerana cookies akan menjadi lebar.
- Letakkan kuaci sebagai hiasan sebelum bakar
- Bakar selama 20 minit pada suhu 160c
- Sejukkan sebelum disimpan
- Siap!
Biskut ini mempunyai rasa yang rapuh dibahagian luar namun sedikit lembut dibahagian dalam. Dalam setiap kunyahan anda akan dapat merasai keenaakan dan keharuman biji bijan ini buat teringat zaman dulu-dulu. Khusus bagi mereka yang mengemarinya diharap anda akan sudi mencuba resepi ini.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply