Resepi Mix Berries Shake Sedap Tak Terperi Sekali Cuba Nak Lagi

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman sihat yang menggunakan yogurt berries dan susu untuk menghasilkannya. Hidangan ini sihat kerana rasa manis di dalamnya digantikan dengan madu disebalik gula. Minuman ini sesuai untuk semua golongan tua mahupun muda. Rasa manis madu yang semula jadi menyempurnakan rasa minuman ini. Hidangan ini boleh didapati di kedai minuman seperti Boost. Jom kita lihat cara untuk menghasilkannya.

Bahan-bahan

  • 1/2 mug mix berries beku
  • 1 mug susu rendah lemak sejuk
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 sudu besar yogurt mix berries
  • Sediakan bahan-bahan
  • Masukkan buah strawberi, susu, yogurt & esen vanila ke dalam pengisar.
  • Kisar hingga hancur.
  • Sedia utk diminum. Sebagai tambahan boleh letak whipping cream, buah ceri atau susu coklat.

Rasa manis dalam minuman ini boleh diubahsuai dengan meletak apa apa manisan seperti susu manis, air gula mengikut citarasa sendiri. Jangan lupa untuk periksa tarikh luput yogurt yang anda beli agar rasa minuman yang dibuat tidak terjejas . Jangan berputus asa sekiranya apa yang dihasilkan tidak berjaya kerana usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *