Resepi Bebola Keledek Cekodok Viral Alaf Kini
Resipi kali ini merupakan resepi kuih muih yang amat mudah untuk disediakan. Keledek merupakan salah satu ubi yang sangat popular dinegara kita dan banyak digunakan dalam masakan. Yang paling popular ialah kuih keria, namun dalam perkongsian kali ini kita akan menggunakan keledek untuk menyediakan bebola keledek. Rasanya juga sangat sedap sesuai sebagai hidangan minum petang bersama keluarga anda berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Keledek (kopek dan rebus empuk)
- Tepung gandum + ½ tsp baking powder + garam secukup rasa
- Butter atau marjerin (pilihan)
- * sukatan tepung mengikut anggaran keledek
Kaedah
- Lenyek keledek yang telah direbus empuk.
- Tambah tepung sedikit demi sedikit gaul hingga ia tidak melekat bagi tangan lagi.
- Kemudian bulat-bulatkan adunan.
- Goreng dengan minyak yang telah dipanaskan.
- Tos dan gaul dengan gula halus.
- Siap!
Untuk menyediakan bebola ini dengan air sira juga boleh dimana anda panaskan 4 tbsp gula dengan 1 tbsp air, biarkan pekat kemudian gaul dengan bebola keledek tunggu sejuk sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.