Resepi Banana Yogurt Shake Lazat Tapi Senang Giler

Resepi kali ini akan kongsikan kepada anda cara untuk menghasilkan banana yogurt shake. Ia adalah sejenis minuman bersusu yang sangat popular. Pisang merupakan sejenis buah yang sangat tinggi karbo,gula dan pottasium, ia amat digemari dan dikenali hampir seluruh dunia. Cara untuk membuat minuman ini amat ringkas dan rasanya juga amat sedap dan sihat. Ia sesuai untuk dihidangkan kepada semua orang terutama mereka yang sering tidak punya masa untuk menyediakan sarapan pagi. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 5 biji pisang berangan
  • 1 jug blender ais penuh
  • 1 mangkuk yogurt 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air sejuk
  • Madu
  • Potongan pisang (pilihan)
  • Mulakan pisang yang dibuang kulit di satukan dengan semua bahan-bahan lain seperti ais, susu pekat manis, susu cair dan air.
  • Kisar bahan sehingga ais batu hancur. 
  • Sedia untuk dihidangkan.

Yogurt amat baik bagi kesihatan terutama untuk perut krana ia mengandungi baktria sihat yang diperlukan oleh perut kita. Namun begitu kawallah sukatan gula terutamanya gula putih,madu adalah pilihan pemanis terbaik yang boleh anda gunakan . Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *