Resepi Ayam Popcorn Keto Kaw-kaw Sedap
Resepi berikut merupakan sejenis masakan yang amat sesuai terutama bagi mereka yang sedang mengamalkana diet ketogenik. Sesuai dengan peredaran zaman, masyarakat kini makin cakna akan cara permakanan yang sesuai dengan gaya kehidupan dan kesihatan mereka.
Diet ketogenik adalah diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat, oleh itu ayam yang biasanya disalut dengan tepung akan disalut menggunakan tepung kacang badam. Dimana ianya sebenarnya bukanlah tepung sebaliknya kacang badam yang dikisar sehingga halus. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda dapatkan dipasaraya berdekatan.
Bahan-bahan
- Isi ayam potong kuib sederhana besar
- Telur 1 biji
- Garam secukup rasa
- Serbuk bawang putih
- Serbuk lada sulah
- Serbuk lada hitam
- Tepung almond 4 sudu
- Gaul sebati dan perap
- Perap ayam dengan garam, serbuk bawang putih,lada sulah dan lada hitam.
- Tambah telur.
- Sebelum goreng gaul dengan serbuk kacang badam
- Goreng dengan minyak banyak yang panas.
- Tos sebelum dihidangkan.
- Siap!
Ayam popcorn ini paling sedap dinikmati ketika masih panas kerana ia lebih rangup. Hidangkan ia bersama salad atau sayur campur kerana pengamal diet ketogenik akan mengambil separuh sayur, suku protin dan suku lagi lemak sihat. Saiz hidangan ini akan membantu perut lebih kenyang disamping dapat mengawal paras gula dalam badan yang boleh mempengaruhi selera membuak-buak yang biasanya dihdapai oleh orang obes. Oleh itu selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!