Resepi Ayam Percik Rendah Karbo Diet Pun Boleh Makan Sedap
Resepi ayam percik kali sangat istimewa kerana ianya diubah agar sesuai dengan mereka yang mempunyai sebab untuk menjaga kesihatan seperti mereka yang berumur ataupun diabteis.
Ini kerana bahan digunakan didalam resepi ini tiada mempunyai gula, tidak seperti kebiasaan lauk percik yang menggunakan gula merah. Namun kebanyakkan bahan lain masih dikekalkan,
baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan diperlukan.
Bahan-bahan
- Chicken Thighs (perap dengan kunyit dan garam)
Bahan-bahan kisar
- Bawang merah
- Bawng putih
- Halia
- Serai
- Santan
- Sukatan mengikut bilangan tetamu
Kaedah
- Masak semua bahan diatas dan tambah garam secukup rasa,
- Ketepikan.
Kaedah ayam percik
- Mula-mula masak ayam dalam air fryer selama 10 minit suhu 200c.
- Kemudian gaul dengan kuah percik dan bakar semula dengan air fryer.
- Lakukan ini beberapa kali hingga ayam menjadi garing.
- Lebihan kuah boleh dimakan dengan nasi.
- Siap!
Sebenarnya banyak masakan kita yang boleh diubah suai mengikut batu kesihatan seperti rendang ayam atau kari. Terpulanglah kepada kita dalam jaga kesihatan tu tamanya bagi kita yang semakin berumur ataupun itu orang tua kita yang mempunyai pelbagai penyakit. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.