Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masala Gerenti Yang Paling Padu Korang Pernah Jumpa

author name

📄

Ayam masala merupakan hidangan yang amat lazat yang berasal daripada kaum India. Ianya telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia oleh kerana rasanya yang sesuai dengan citarasa kita semua. Ayam masala memberikan rasa pedas kari dan cili di dalam juadah ini yang pastinya bikin sesiapa yang merasainya jatuh cinta!

Resepi ayam masala ini amat ringkas. Ianya menggunakan beberapa bahan yang mudah untuk didapati dan mungkin sudah pun berada di dapur anda. Antara bahannya termasuklah serbuk kari dan serbuk cili, bawang merah dan bawang putih serta tomato. Cara pembuatannya juga mesra amatur jadi, sesiapa sahaja boleh lah menyediakannya.

Resepi ini dikongsikan oleh Mak Bonda dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Ayam Masala

ayam masala
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam sekilo
  • Bawang putih dan bawang merah tumbuh halus
  • Daun kari
  • Tomato sebiji dipotong 4
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kicap manis (untuk hitamkan)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara – cara memasak:

  1. Perapkan ayam dengan garam dalam 10 minit.
  2. Goreng ayam sampai betul – betul masak.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan kari. Kacau tetapi jangan lama.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan kicap manis dan kacau sehingga kuah pekat.
  6. Masukkan ayam, daun kari dan gaul sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun kari.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *