Resepi Ayam Masak Sos Tiram Senang dan Serius Sedap
Resepi kali ini merupakan sejenis masakan berasaskan ayam yang sangat mudah untuk disediakan. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah sos tiram, kicap dan hirisan bawang besar bersama bawang putih yang diperap bersama hirisan ayam. Kemudian ia dimasak diatas api sehingga pekat.
Masakan ini tidak memerlukan sebarang bahan perasa seperti garam atau pun serbuk perasa, malah masa menyediakan ia juga amat singkat.Bagi anda ingin mencari idea masakan ringkas berikut adalah bahan bahan yang diperlukan dan cara-cara menyediakan masakan ini.
Bahan-bahan
- Isi ayam atau bahagian bertulang (potong kecil)
- 1 ulas bawang besar (hiris bulat)
- 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
- 1 inci halia (hiris)
- 10 ulas cili api (hiris)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kicap manis (ikut hitam yang kita mahu)
- Sedikit air
- Mula-mula gaulkan ayam dengan semua bahan.
- Sediakan kuali dan tambah sedikit minyak masak.
- Apabila minyak mulai panas, masukkan semua bahan yang telah diperap tadi.
- Gaul agar semua bahan sebati dan biarkan ia mereneh sehingga pekat.
- Tambah air jika anda ingin masakan yang berkuah
- Tambah juga kicap jika suka lebih hitam.
Jika anda suka rasa pedas, masak ayam ini dengan hirisan cili api atau biarkan ia tanpa dihiris jika anda kongsikan ia dengan anak kecil. Masakan seperti ini amat sesuai bagi orang yang baru belajar masak seperti anak-anak yang sedang meningkat remaja atau sibujang. Ini kerana kaedah mereneh sehingga pekat ini amat mudah dimana ayam tidak perlu digoreng seperti kebiasaan masakan kicap. Apapun diharap anda akan mencuba sendiri resepi mudah ini sebagai hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.