Resepi Ayam Masak Merah (Resepi Paling Mudah )

Resepi kali ini ialah menu regu untuk nasi minyak dan nasi hujan panas. Ia sangat enak jika dimakan bersama nasi – nasi berperisa ini. Nasi -nasi berperisa seperti nasi hujan panas ini enak dimakan dengan lauk-lauk tertentu sahaja. Contohnya ialah ayam masak merah ini lah. Ditambah pula dengan acar timun dan nenas, bertambah-tambah nasinya.

Untuk memasak menu ini, anda haruslah menggunakan ayam yarg segar. Ini adalah untuk memastikan masakan ini lebih enak. Kerana ayam yang masih segar isinya lebih manis rasanya. Cili pula harus dikisar halus agar tidak terasa bijinya.

Namun sukatan resepi kali ini ialah untuk famili kecil. Iaitu untuk 3-4 orang makan sahaja. Jadi mari lihat bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Ayam Masak Merah (Resepi Paling Mudah )

Bahan-bahan

  • Ayam segar ½ ekor
  • Serbuk .kunyit
  • Garam

Bahan-bahan kisar

  • Cili kering 1 mangkuk kecil (gunting dan rebus)
  • Bawang besar ½ labu
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia ½ inci

Bahan-bahan perisa

  • Bawang besar 1 labu dihiris-hiris bulat.
  • Cili Sos 2-3 sudu makan
  • Susu cair ½ tin
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Pertama kisarkan cili kering bersama bahan-bahan kisar lain.Ketepikan
  • Perasakan ayam dengan garam dan kunyit secukupnya.
  • Goreng ayam tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
  • Kurangkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2-3 sudu minyak tersebut.
  • Tumiskan bahan-bahan kisar tadi,tunggu sehingga cili naik minyak.
  • Apabila minyak telah naik, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula jika mahu. Kacau biar rata.
  • Kemudian masukkan pula bawang besar yang telah dihiris tadi.
  • Masukkan sekali ayam yang telah digoreng tadi juga. Gaul, tambah air jika perlu
  • Apabila semua telah mesra tambahkan susu cair.
  • Gaul agar semua mesra. Tutup api.
  • Ada yang taburkan kacang pes jika mahu,tetapi saya tidak pernah tambah kacang kerana anak-anak tidak mengemarinya.

Rasa ayam masak merah ala Madam ini, sangat sedap. Walaupun ia menggunakan bahan yang tidak banyak beza berbanding ayam masak sambal atau berlada. Namun anda haruslah mencubanya untuk merasai sendiri perbezaan keenakannya.

Terima kasih kerana like dan share. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *