Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Berlado Daun Kesum Lain Macam Sikit Sedap

author name

Resepi ini merupakan resipi yang popular dan sesuai dijadikan sebagai hidangan makan tengah hari. Ayam belado daun kesum ini sedikit berbeza daripada ayam belado yang kita biasa sediakan. Walaupun tidak banyak berbeza penggunaan daun kesum memberi aroma yang lebih menarik dan rasanya lebih sedap. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • Cili api segenggam
  • Cili merah 5 ulas
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Daun kesum
  • Kacang panjang potong pendek
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Sedikit jus limau
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.

Kaedah

  • Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
  • Goreng tidak terlalu garing,toskan.
  • Kisar cili api,cili merah,bawang merah dan bawang putih tapi jangan terlalu halus.
  • Panaskan minyak baki goreng ayam tadi dan goreng daun kesum hingga garing, toskan sebentar.
  • Kemudian goreng bahan yang telah dikisar tadi.
  • Tambah sos tiram,sos ikan, gula, garam dan serbuk perasa.
  • Tambah sedikit asam limau dan gaul rata.
  • Tambah kacang panjang dan akhir sekali masukkan daun kesum yang telah digoreng tadi.
  • Gaul rata dan tutup api.
  • Siap!

Daun kesum digoreng dahulu kerana untuk menghasilkan aroma yang sedap dan lazat. Anda boleh tambah kacang hijau bersama lobak merah jika suka atau anda tidak perlu tambah sebarang sayur jika anda tidak suka. Penggunaan asam limau, sos ikan dan juga sos tiram memberi rasa yang lebih sedap yang sangat sesuai dengan penggunaan daun kesum. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.