Resepi Aunthetic Spaghetti Bolognese Macam Dicafe Buat Sendiri Je
Resepi kali ini merupakan salah satu cara untuk menyediakan spaghetti bolognese yang setanding cafe. Spaghetti bolognese in menggunakan bahan-bahan seperti daging burger ramly, pes tomato dan keju parmesan. Ianya amat popular dikalangan orang tempatan terutamanya bagi peminat pasta dimana ianya mendapat permintaan yang tinggi jika berkunjung dicafe atau kedai yang mnejual makanan barat.
Bagi anda yangmencari-cari resepi spaghetti bolognese yang biasanya dihidang dicafe berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan bahan
- 1 tin tomato puree
- 1 tin tomata cincang
- 2 keping daging burger Ramly (hancurkan)
- 2 ulas Bawang putih
- ½ biji Bawang besar
- Segenggam cendawan shitake
- Serbuk lada hitam
- Daun parsli
- Garam dan gula
Kaedah
- Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit cili kisar bagi memberi sedikit rasa pedas.
- Masukkan daging burger yang telah dihancurkan.
- Goreng sehingga daging agak masak, masukkan tomato puree serta tomato cincang. Masukkan sedikit air.
- Renihkan dan masukkan mushroom, bawang besar dan sayuran.
- Masukkan garam, gula dan daun parsli.
- Bolehlah dihidangkan dengan menuangkan sos spagheti ke atas spagheti yang direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
- Taburkan daun parsli dan cili flakes
- Jangan lupa serbuk keju parmesan untuk menikmati hidangan autentik spaghetti.
Selain menggunakan patty daging burger anda juga boleh menggunakan daging hancur yang segar. Malah isi ayam juga sedap digunakan didalam resepi ini. Apapun resepi ini amat sesuai bagi mereka yang memrlukan hidangan yangsedap tetapi cepat untuk disediakan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.